Sunday, May 3, 2009

Traffic Jam sepanjang ke MRSM Alor Gajah















Hari Ahad, Abg hantar Uya balik ke MRSM Alor Gajah. Una ikut sama. Kami keluar sekitar jam 3.50 ptg. Kami singgah di Pasaraya Grand Union, bertentangan Nilai Square untuk beli sedikit keperluan Uya. Kak Zai dah pesan, jangan ikut jalan kampong. Ikut jer Lebuhraya (apa jugak toll RM9.50 ke Simpang Ampat). So abg pun ikutla nasihat tu. Keluar jer dari Plaza Tol Nilai dah mula jam. Dalam fikiran, mungkin semua orang fikir waktu tu waktu yang terbaik untuk balik ke rumah masing2 sebab besok (Isnin) dah nak kerja. Kebanyakan orang ambil peluang balik kampong sempena cuti Hari Buruh. Rupa2nya ada accident kat depan (selepas R&R Seremban arah Kiri. Nampak beberapa kereta parking kat bahu jalan dengan kemek sana sini dan ada jugak yang hancur terus bumper depan. Semua ni mungkin sebab berek mengejut kot. Nampak gaya sandwich tu mengakibatkan lebih 10 buah kereta. So, kepada sesiapa yang biasa menggunakan Lebuhraya Plus ke Selatan berhati-hati di kawasan tersebut. Tempat tu memang kawasan bahaya yag amat sebab sudah terlalu berlaku banyak kali accident kat situ. Accident dah berlaku dan kereta2 telah diketepikan di Seremban (kiri kami) tetapi kami nampak sepanjang jalan arah ke KL dari Melaka penuh dengan kereta (jam gila). Jem mula di Seremban dan sampai Simpang ke Rembau masih jam lagi.

Kami sampai di MRSM Alor Gajah sekitar jam 6.10 ptg. Gate besar dah ditutup (biasanya waktu terakhir menghantar anak ialah jam 6.00 ptg. Tak tahu apa beberapa parents terdahulu runding dengan Pak Guard, kereta kami (lebih 5 kot) dibenakan masuk. Kalau tidak, jenuh jugakla mengangkut barang-barang uya yang berbakul-bakul naik ke asrama Uya. Sesampai di asrama, abg pun pergi solat kat surau sementara Uya dan Una punggah barang-barang Uya. Sesiap solat kami bertolak balik ke Nilai. Kali ni, abg buat keputusan nak guna jalan kampong balik ke Nilai untuk mengelak kemungkinan Lebuhraya Plus jam. Kami mengambil masa +- 1 jam setengah untuk sampai ke rumah. Bertolak jam 6.45 ptg dan sampai jam 8.10 malam.



1 comment:

Lezah Zaini said...

ni ambik gambar guna tepon baru ker?