Wednesday, January 28, 2009

KERETA ACIK PYAN HILANG.............DAH JUMPA BALIK..

Pada tarikh 12/1/09 kereta savvy milik Acik Pyan didapati lesap dari tempat parking kat kepong (rumah sewa). report balai dah buat. borang insurans dah hantar. sekarang ni tgh memikir nak beli keta apa la lepas ni. ingat nak beli sedan tapi x tau la apa lagi. byk sangat calon2 yg hantar borang. so relax dulu lah jap sementara tunggu setel insurans. ambik masa 3-6 bulan lah.



tapi kan...



pada pagi 26/1/09 kami dapat panggilan telefon dari pegawai lebuh raya sprint mengatakan kereta Cik Pyan dijumpai tersadai di tepi highway SPRINT dah 4 hari. kereta terbabit dgn kemalangan. cedera teruk juga la.

Hari ni 28/1 Acik Pyan g balai tgk keta. mmg teruk. barang2 dalam clear giler. apa yg diorg boleh rembat semua licin. tempat letak syiling xd, cd2 xd, payung ke kasut acik nana (kawin, tunang, kerja) lesap gak. dalam boot belakang pun licin. keta tu mungkin langgar divider. depan teruk, lampu depan pecah, alarm xleh pakai. tapi risau keta tu org guna untuk merompak / samun. sebab byk barang bahaya ada dalam tu macam hammer la pisau la. Aduhai. byk lagi masalah rupanya.

Wednesday, January 21, 2009

Akhirnya Izzah daftar di UTM



Akhirnya Izzah buat keputusan untuk menerima Tawaran Mara untuk Program Ekpress Mara-UTM. Kami hantar Izzah mendaftar pada 10hb Januari 2009 yang lalu. Kami menginap di Rose Cottage Inn di Taman Universiti. Memang sengaja tak call dan menginap di rumah Pak Cik Iyai sebab tak nak menyusahkan keluarga Pak Cik Iyai. Kebetulan pulak hari tu Cik Iyai dan Untie Nalyn balik ke Batu Pahat. Keputusan kami menginap di Rose Cottage memang tepat. Kami bertolak petang Jumaat selepas solat Jumaat. Bertolak dari Nilai jam 3 petang dan sampai di Toll Sekudai jam 6.30 ptg. Kami solat Jamak Takhir di Surau Toll Sekudai.

Malam tu kami makan di Medan Selera somewhere abt 2 km from tempat kami menginap. Mak Long (Kak Zai) sangat suka Sup Ekor kat situ. Perkara pertama yang Mak Long (Kak Zai) cari masa di JB ialah Otak-otak. Makan panas-panas memang sedap. Next time kami datang Sekudai boleh la Pak Cik Iyai belanja kami makan kat situ. Tempat tu memang murah, lebih murah dari Nilai atau KL. InsyaAllah, 6 bulan lagi Nadiah akan tamat belajar di UTM. Konvo nanti kami akan singgah dan bermalam di rumah Uncle Iyai. Harap2 masa tu Uncle Iyai masih berada di Bumi JB.





Hari mendaftar tu adalah pengalaman Pak Long (Abg Long) yang pertama menghantar anak sendiri mendaftar belajar di Universiti. Masa Nadiah dulu mendaftar di UTM jugak Pak Long (Abg Long) masih bekerja di Brunei dan tak ada peluang nak balik. Pada saat itu baru Pak Long (Abg Long) faham bagaimana perasaan ayah dan emak (Hj Zaini dan Hjh Salmiah) apabila anak-anak mereka menyambung pelajaran di Universiti. Perasaan yang sangat gembira bila anak-anak dapat menyambung pelajaran ke Universiti. Begitulah agaknya perasaaan ayah dan emak bila temankan kita masa mendaftar dulu.

Kami bernasib baik sebab Nadia memang sedang belajar di UTM dan Nadialah jadi tourist guide kami semasa pendaftaran tu. Disebabkan tourist guide yang 'agak' professional tu kami di antara orang terawal complete registration sehinggalah check-in hostel.

Semasa pendaftaran dan taklimat, Muhammad Hafiz (Ali) ditemani oleh Nadiah toured the nearby Makmal di UTM untuk mengelakkan kebosanan.










Izzah akan mengambil masa selama 18 minggu untuk menghabiskan Program Ekpress Mara-UTM dan kalau lulus, akan diserap ke Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang layak berdasarkan keputusan pepereksaan di minggu ke 18 nanti. Ini bermakna Izzah tidak perlu lagi mengikuti program Matrikulasi untuk menyambung pelajaran di Universiti. So, Izzah akan untung setahun lebih dari kawan-kawan yang tidak terpilih. Untuk anak-anak saraan Mara, pihak Mara akan terus menerus membiayai pelajaran mereka sampai ke peringkat PHD asal mereka mengekalkan kecemerlangan mereka.Untuk itu, siapa-siapa yang belum PMR, Pak Long sarankan belajar bersungguh-sungguh dan set matlamat untuk menyambung pelajaran di MRSM. Masa di MRSM tu setkan matlamat untuk dapat CGPA melebihi 3.50 ke atas untuk melayakkan dipilih ke Program Ekpress Mara-UTM yang sudah berusia 14 tahun. Usaha tangga kejayaan. Program ni asdalah usaha Mara untuk memperbanyakkan golongan cendiakawan Melayu di Bidang Sains.

Friday, January 2, 2009

duit family 2009

assalamualaikum....

berkuatkuasa pd thn ini setiap ahli keluarga diwajipkan membayar yuran untuk tabungan keluarga.
setiap anak dan menantu kadar bayaran adalah sebanyak RM5.00 sebulan shj ( RM60.00 setahun). untuk kategori cucu pula sebanyak RM10.00 setahun. semua orang digalakkan membayar selewat2nya pada bulan 8, 2009. segala pembayaran boleh dibayar terus pada cikmah. diharap kerjasama semua akan memudahkan segala urusan dan perancangan yang bakal dibuat.

Kenduri Nana dan Piyan

Hari ini kenduri rewang kat rumah Gadi. Derang semua pergi ke sana. Angah tunggu rumah dengan ayah. So angah teringat nak update kenduri Nana hari tu. Walaupun dah lama, tapi kalau dikorek-korek, masih segar juga dalam ingatan.

Angah baru design muka depan Magazine Pengantin Edisi Khas.Cantik tak?



Kenduri 2 hari 2 malam


Hari Pertama=kenduri Rewang 12 Dis 08.

Angah pepagi lagi dah bangun dan pergi ke Sekinchan dengan nenek dan Pak Uda. Banyak barang nak dibeli lagi. kami bel ikan kembung 10 kg, ikan bawal, udang besar dan kecil, sayur-mayur dan pisang nak buat muffin.

Orang-orang kampung pepagi lagi dah datang untuk menolong menyedakan makanan dan sebagainya. pagi ini kami menyediakan makanan tengah hari sebagainana yang dirancang dalam menu. masak umbut campur waloh. rupa-rupanya adayang tak tahan. Perut masuk angin dan terus sakit. So tahun depan jangan lagilah masak umbut dengan waloh. Ataupun kalau nak masak, buat masak lemak walor jer campurlah dengan pucuk waloh ker atau kacang panjang pun ok. atau campur dengan putik jagung dan ubi keledek. Tapi, macam mana seklaipun, makan tengah hari sangat menyelerakan.

Hari ini hari Jumaat, jadi yang lelaki ke masjid sembahyang Jumaat. Angah tengok derang susun ayam yang telah dipotong tu atas lantai macam nak jemur. ofkoslah ada lapik. Angah tanyalah orang siapa tah dah lupa kenapa derang buat macam itu? Oh, rupanya untuk mengelakkan daging ayam itu busuk. Sekembali dari masjid, derang pun gotong - royong bersihkan ayam dan goreng ayam tersebut dan simpan dalam kotak. Esok pepagi derang akan masak ayam tu masak merah. Ada menu tambahan. ikan keli. Bergotong royonglah mereka membersihkan ikan keli. Emak order 50 kg. Rasanya sekg campur upah siang ialah RM4.50. OKlah tu.

Kaum perempuan pula menyiang bawang-bawang dan sebagainya. kami bentang tikar dan karpet lama kat depan rumah keichik. Ramai-ramai lepak kat situ sambil kupas bawang. makcik-makcik dan kakak-kakakni memang rajin. Apa saja yang diberi suma kupas. Nasib baik derang tak kupas semua 7 guni bawang besar tu. Huhu.

Ada problem sikit pasal pelamin. Entah macam mana derangni tak ikut janji asal, tapi akhirnya adalah kompromi. Mereka janji akan pasang pelamin selepas sembahyang Jumaat atau by sembahyang Jumaat dah siap. Lupa lak. Angah tak kisah sangat pelamin ni, tapi janji mestilah ditunaikan. pulak tu pelamin ni tak kukuhlah, asyik jatuh jer bunga atas pillars tu..Buat malu jer.... last-last angah carik selotape, dan selotep kuat-kuat, barulah ok. Sevice buruk betul.

Alamak!!! dah petang baru teringat nak tanya. Hantaran nak bagi bila, satu benda pun tak buat lagi. nana pun tak cakap apa-apa, tolong ingatkan ker....Rupa-rupanya nak bagi hantaran tu malam ini jugak.kelam kabut angah pergi masak agar-agar putih salju tu.nasib baik everything ok. kak Normah yang toolong pukul telur putih. /cantik gebu. Selesai satu menu, tunggu sejuk jer. Pastu angah buat muffin. Kaklang pun dah sampai tolong. yang kelakarnya angah dah buat silap sebab guna tepung naik sendiri pastu agah tambah baking powder dan soda bicarbonate. har har har. Muffin pisang angah naik gebu melampau-lampau. kelakar pun ada. kali kedua angah buat muffin blueberry. Oklah sikit. jadi hantaran guna muffin blueberry jer. Akhirnya siap jugaklah hantaran. Sementara angah memasak, Acik Azie siapkan 2 lagi hantaran gula-gula dan buah. dan satu lagi pulut.OKlah beres.

Kelam kabut betullah angah, berlari-lari pergi ke mesjid dengan kamera yang disandang. Upacara nikah dah nak mula. Nasib baik sempat. Kesian tengok Piyan. muka nampak benar tensionnya. kali pertama nak melafazkan akad, tak kedengaran suara. Wah, masing-masing bagi konfiden. pastu sah..... alhamdulillah. Selamatlah nana menjadi isteri Piyan.

Pastu balik ke rumah, ada kenduri tahlil dan pastu pengantin disandingkan kat pelamin kontroversi kat atas. Oklah, angah pun ambik peluang bergambar dengan pengantin.

Apa agenda lepas tu, angah dah lupa. Apa yang Angah ingat, angah tidur lewat juga. Rasanya pukul satu tak tidur lagi. Apa angah buat ya pastu? oh baru teringat. angah mengemas kat luar.Banyak betul nak dibasuh. Benda-bendah besar macam dulang, periuk, besen dan sebagainaya. Pak Uda pulak sebuk masak air dengan tukang masak air Aizam. hehehe good job. Tahun depan boleh naik pangkat. Hehe Piyan pulak ambik alih jaga air. Kechik pun ada dan Tumiran pulak tukang berjaga malam. Acik nani tukang supply kopi gano.(tukang beli ajer, duit nenek).

Hari kedua - hari kendurilah.

Pagi-pagi angah masak nasik goreng. Pergh... kejab jer habis satu besen.Cewah macam sedap. Tapi memang sedap pun. :)))Pastu uruskan hal katdepan, apa yang patut dibuat oleh perewang. Sambil-sambil tu, kami kemaskan kerusi meja, pasang skirting dan kakanakan susun kuih-muih atas meja. kuih-muih yang disusun di atas meja ialah kuih bakar makjang bagi, rempeyek, kek kurma dan kek pisang kaklang sponser dan kuih telinga hindu.Pastu ada acar buah yang ditaja oleh Abang Zainal dari PD. Jangan lupa ada gak tapai yang emak buat.

subuh-subuh lagi tukang masak dah sampai. Tukang masak diberi tuala besar. Banyak peluh tu, jadi kena bagi tuala besar.;) Tuala goodmorning tu kami sediakan lebih kurang 100 helai.Ada belen sikit untuk sambung kenduri tahun depan laks. Perewang-perewang lak diberi bunga rewang warna perpel.

Pukul 10, tetamu dah mula datang tapi agak lesu jugaklah. Tapi dah dekat pukul 12.00 berduyun-duyun orang datang dan terpaksalah berbaris nak ambik makanan.

Kaum keluarga berkumpul.

Ni yang angah suka apabila ada kenduri, adikberadik akan berkumpul di rumah. Walaupun sesak, tapi kesesakan itu sebenarnya merapatkan hubungan. Pada kenduri kali ini, semuanya adik beradik ada, tak terkecuali.Bertambah lagi dengana cucu-cucu baru. Warga-wargatua banyak yang hadir. Pakndak datang, Paklang, maklang, mak teh, makcik, makjang, kak dah, makji Raayah, yang muda sikit- jilah, niah, zainab, kak rosnah, Budin pun ada (lama betul tak jumpa Budin, gemuk dah dia, tapi suara dia angah kenal sungguh), Nizam anak aruah kat rosnah pun datang. Pendek kata ramailah yang hadir. Seronok betullah.nenek siap buat bontrot spesial untuk orang jauh.

Pengantin lelaki lambat sampai

Janji kul 12 tapi kul satu pun tak sampai lagi. Penat nana tertunggu-tunggu. Kompang pun dah nak pergi ke tempat lain. Ahirnya yang ditunggu-tunggu pun sampai dah. Semasa bersanding azan pun berbunyi. Kompang, stop dulu ok! selepas bersanding ala kadar kat depan rumah, pengantin dibawa ke atas untuk bersanding di atas pelamin.pastu makan beradap. Hmmmm tengok jerlah lauk pengantin tu, tak merasa langsung angah.

Lepas makan, pengantin turun kat bawah dan buat cabutan bertuah. hadiah kali ini best best. Ada baldi, mangkuk, hanger, sudu, besen, hamper dan sebagainyaklah. Pemenang pertama yang dapat hamper tu ialah Naim anak kak Munah.Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua jiran tetangga.

Petang tu, kami semua tukar ke pakaian kulaan, rewang berkemas. Maghrib berhenti. Pastu ada acara potong kek. 2 tingkat lagik. pastu ada cabutan bertuah antara keluarga. Angah dapat dinner henbeg.Tq tq. lepas cabutan bertuah, ada anugerah khas 5A UPSR. dan pemenangnya ialah tentunyan Nur Haziqah Aini binti Rosli. Tahniah. pastu sambung balik berkemas, bawak masuk semua peralatan kenduri. Pastu .... tidur...

Sekianlah catatan daripada Angah. Esoknya tu ada gak cerita. nanti senang-senang angah sambung, k.kepada yang lain, bolehlah update ikut perspektif sendiri.

TEKURIHENG DI PANGKOR







pada 31 dec kami ( uda, cik azie sekeluarga, cikmah, cik nana & cik pian, cik nani n bapak salleh) pergi zoom ke pangkor. bertolak pkl 7 pg dan sampai lumut pkl 10. pukul 10.30 kami naik feri dan 1/2 jam kemudiannya sampailah kami di jeti pangkor, kami naik teksi sewa (van warna pink) dgn bayaran rm20 utk sampai ke tempat penginapan di liyana villa. kami sewa 2 bilik family rm95/day (1 katil king n 1 katil queen) dan 1 blk standart rm85/day ( 1 katil queen n 1 single).sementara menunggu bilik, kami main buaian, congkak, karom dan dam. cik pian kalah dgn cik mah 2 kali. ha ha ha. kami mkn lunch yg disponsor nenek (ayam msk salleh, rendang daging, sambal sotong kering, ketupat segera dan nasi putih) dlm bilik cik azie. jimattt. sampai malam kami makan. lepas zohor kami naik bot dgn bayaran rm80 pusing2 pulau sambil bagi makan ikan dan berenang dan berkelah di pulau giam.lepas tu kami main layang2, main pasir dan lepak2 di tepi pantai.pukul 5.30 balik balik bilik dan bersihkan bdn yg penuh dgn pasir. alamak!! air takdela pulak. kami kena catu air. satu pulau takde air. sementara menunggu bara api (bbq) kami tengok sunset. cantikkk. bapak salleh siap berborak2 dgn mat salleh france(philip). kami menikmati bbq di ruang terbuka di villa.lepas tu kami guring je. tak tengok pun bunga api. penattt.
esoknya pkl 7 pg, uda, cik azie n amani pg pusing2 kat sekitar villa. siap bg makan burung enggang roti. kami sarapan pg kat kedai kopi yg berhampiran lepas tu bersiap2 nakbalik.






  • amani nangis dalam feri. takuttt



  • ciknana main belon buih dalam feri



  • afiqah taknak balik. bestt.



  • bapak bayar sarapan sendiri. tekejutt



  • ciknana mengangkut air bawa naik bilik



  • dlm perjalanan balik jeti,beg adik tertinggal, nasib baik ada org villa hantar