Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Tahniah, Nadia

Tahniah, Nadia kerana dianugerahkan Masters in Chemistry oleh Universiti Teknologi Malaysia pada 16 Ogos 2009.

Diapit oleh bakal graduan. :)


Kebanggaan keluarga.



Dengan Makngahnya berlatarbelakangkan masjid yang indah.


Cantikkan!




Friday, June 19, 2009

Siapa sangka jumpa Madi di Wangsamaju/Nadia dapat CGPA 3.55

Hari ni abg terserempak dengan Madi (Hasmadi Hassan) di Wangsamaju masa abg minum dengan isteri Boss abg di De Daun Cafe. Madi bercerita yang Pak Cik sekarang ni sakit kaki sampai nampak urat sebab kencing manis. Abg lupa pulak nak ambik gambar dia tapi kami bertukar2 business supaya masing2 ada nombor perhubungan. Rupa2nya adik dia ada kerja dengan anak Angah Raji berdekatan dengan ofis abg di Wangsamaju.

Cerita gembira abg hari ni, abg terima call dari nadia yang dia dapat gpa 3.69 untuk semester 2 yang lalu. Sekarang cgpa dia 3.55. Kalau dia score 3.5 ke atas untuk semester 3, harapan cerah untuk dia grad dengan cpa > 3.50. Itu consider cemerlanglah tu. Doakan nadia dapat buat presentation terakhirnya pada 29 Jun ini dengan cemerlang. Pada 25 atau 25hb ni nadia ada interview di Shell. Kalau tak silap, nadia dah mintak tolong Cik Mah untuk ke sana.

Monday, June 15, 2009

Uya dapat score 3.90


Papa ucap Tahniah untuk Uya yang dapat score gpa 3.90 untuk pepereksaan sem1 yang lalu. Tahniah juga kerana dapat rank ke5 dalam batch form 4 2009. Harap Uya akan bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat Uya untuk menyertai SPC tahun 2011 nanti.

Papa harap kejayaan ini akan menjadi contoh kepada yang lain untuk mencapai kecemerlangan pelajaran masing-masing.

Thursday, June 11, 2009

IZZAH DAPAT 3.31


Program Ekpress MARA-UTM yang Izzah ikuti telah sampai kepada klimaksnya. Izzah dapat CGPA 3.31. Ok ker tu??? Bagi abg kurang menyengat. Namun, itulah hakikatnya. Sepatutnya, Izzah boleh score lebih baik lagi. Izzah telah diterima untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pure Mathematic di tempat yang sama yakni UTM Sekudai dan akan mendaftar pada 27hb Jun ini.

Pesan untuk Izzah,

Mulakan program ini dengan fokus. Apa saja niat Izzah, papa harap lakukannya kerana Allah. Kita perbaiki tahap pelajaran keluarga kita Keluarga Besar Hj Zaini.

Saturday, May 16, 2009

Uya dapat Hadiah Terbaik PMR 2008

Una yang jadi wakil Uya. Semuga,
Una dapat motivasi yang satu hari nanti giliran Una pulak.



Harini abg dijemput untuk hadir ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Sepang 2009 sebagai AJK Pibg SMK Seri Sepang dan bapa kepada Nurul Hazirah bt Hamidon yang dianugerahkan Pelajat Terbaik PMR 2008 sebab dapat 8A bersama 15 pelajar lain yang dapat 8A. Kak Zai ada bengkel mengenai Taska dan tak dapat hadir. Uya tak dapat datang (tak balik) dan tempatnya digantikan oleh Nurul Farzanah (Una). Hadiah yang Uya dapat adalah plaque TERBAIK PMR 2008 berserta sijil dan tak lupa sampul surat yang mengandungi 5 keping wang kertas bernilai RM10 (RM50 la maknanya).

Sebahagian ibu bapa yang hadi di majlis tersebut.

Plaque (plak) yang Uya dapat

Bergambar kenangan dengan plaque yang uya dapat.

Tahniah Uya!!! Semoga Uya akan terus maju dalam pelajaran di MRSM Alor Gajah pulak.


Tuesday, December 30, 2008

Tahniah untuk Uya


Tahniah untuk Uya (Nurul Hazirah bt Hamidon) di atas pencapaian cemerlang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2008. Semoga cita-cita untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara akan tercapai.

Saturday, December 20, 2008

Izzah mungkin ikut jejak langkah Nadia (insyaAllah)


Nurul Izzah mungkin mengikuti jejak langkah kakaknya Nurul Nadiah mengikuti Program Ekspres Mara-UTM di Kampus UTM Sekudai Johor pada 10hb Januari 2009 ini. Surat Tawaran telah diterima pada 19hb Disember 2008. Tahniah untuk Izzah. Tuan punya tubuh belum buat keputusan untuk pergi mendaftar. Bagi dia masa untuk buat keputusan sendiri.

Monday, November 17, 2008

Kejayaan lagi, tahniah!!!!


Haziqah dapat Mumtaz (betul ker?) untuk sekolah rendah agama

Aqilah dapat periksa nombor 1


Tahniah!!!!

Thursday, November 13, 2008

Tahniah Haziqah!

Tahniah!

Haziqah dapat 5A dalam UPSR.





Bila nak buat kenduri kesyukuran?