Friday, May 29, 2009

Besok (Sabtu) Kami Nak Ke Rumah Atie/Aizam

Besok pagi MRSM Alor Gajah ada Mesyuarat Muafakat (PIBG). Dia orang sengaja buat sempena pulang bercuti Penggal Pertama yang bermula 30 Mei 2009. Pandai pihak MRSM Alor Gajah atur tarikh mesyuarat agar ramai yang akan hadir ke mesyuarat tersebut. So, ini peluang yang baik untuk kami ziarah Atie sekeluarga. Banyak kali dah pergi ke sana tapi masa tak sesuai nak ziarah Ati sebab kesuntukan masa. Suntuk sebab uya keluar sekitar jam 4.00 ptg. Perjalanan ambil masa 1 jam setengah. nsyaAllah kami akan ke MRSM Alor Gajah pagi, attend meeting sekejap, pastu pergi rumah Atie.

Thursday, May 28, 2009

Syarikat yang pemurah dan tak kedekut

Abg nak puji sikitla syarikat tempat abg kerja sekarang ni. Dulu masa kerja kat Senawang dan Nilai, syarikat cuma sediakan dispenser air sahaja. Macam ni;


Sekarang, syarikat tempat abg kerja ni sediakan lebih dari yang atas tu. Dia orang sediakan teh, kopi tak kiralah samada yang tradisional atau 3 in one. Yang kaki minum Tongkat Ali pun disediakan. Milo instant pun ada. Tak cukup itu, cereal ada untuk yang tak sempat sarapan pagi.

Itu cakap pasal minum. Kalau makan, setiap hari Jumaat, selepas habis weekly meeting pasti ada jamuan makan. Besok abg dengar menu kami ialah soto. Bukan soto bodoh tau. Siap ada begedil dan lain2 yang wajib bagi hidangan soto. Abg patut bersyukur banyak2 sebab Allah temukan abg dengan boss (kawan) abg sekarang.

Satay Kajang Hj Samuri di Lebuhraya Putrajaya


R&R Seri Kembangan (Maju Expressway-MEX)

On the way balik ke Nilai, abg akan menggunakan Lebuhraya Putrajaya dari Seri Petaling (at the end of MRR2). Lebuhraya ni dikenali dengan nama Maju Expressway atau nama singkatannya MEX. Kat R&R sebelah kiri ke Putrajaya/Nilai/KLIA ada terdapat Cawangan Satay Kajang Hj Samuri. Hari ni Kak Zai pesan 16pcs Satay Ayam, 17 pcs Satay Daging dan I pc ketupat. Sape2 yang kerja di KL dan tinggal di Putrajaya, Nilai dan Sepang biasanya akan singgah kat sini untuk tapao balik ke rumah. Abg punya order semuanya RM22.30. Kak sinipun ada free WIFI. Sempatla melayari internet sambil menunggu pesanan abg disiapkan.



Gerai Satay Kajang Hj Samuri


Ada banyak gak gerai2 kat sini. Ada Nasi Kandhar, Aneka Mee dan macam2 lagi


Wednesday, May 27, 2009

Angah nak ke Perth.

Angah pergi dengan rombongan guru-guru sekolah. Sambil jenjalan, kami melawat sekolah di sana. Bertolak malam Sabtu ni dan balik hari Rabu 3 Jun. Di Perth, kami tinggal di City Stay Apt di jalan Wellington. Pergi balik naik Air Asia. Sebenarnya pergini pun last minute, ada orang yang tak jadi pergi, so konon ada kekosongan. Tup-tup cikgu tu jadi pulak pergi. habis, tiket dah beli dan lagipun memang dah teruja nak pergi.

Doakanlah perjalanan kami selamat dan lawatan ini bermanfaat dan diredhai Allah. Amin.

Sunday, May 17, 2009

Hari ni hari yang sgt bz

Hari ni Ahad, 17hb Mei 2009 merupakan hari yang sangat bz untuk abg.

Bangun pagi jam 4.00 pagi. Gedebak gedebuk, bertolak dari rumah jam 5.00 pagi sebab nak hantar kereta Proton Aeroback ke rumah kak Nab di Bangi. Kami pergi dua kereta. Abg drive Proton dan Kak zai bawa Kangoo. Sampai toll bagi bayar toll RM2.00. Biasanya toll ke Bangi dari Nilai RM2.20. Rupanya ada discount dari jam 12.00 am- 7.00am sebanyak 10%.

Sebenarnya kami ada task satu lagi. Kak Zai ada iklankan kerja kosong sebagai Pengasuh Taska di Harian Metro minggu lepas dan salah seorang yang respon datang dari Kota Bharu, Kelantan. Budak ni dah call pada hari sebelumnya nak datang KL dan Kak Zai dah arahkan dia datang untuk sampai waktu pagi di Hentian Kajang. Dekatla dengan Bangi. Sepanjang malam tu, Kak Zai tak terimapun sms atau call yang mengatakan dia confirmed datang. Sekitar 5.00 baru dia call dia dah sampai Greenwood. So kamipun apa lagi bergegas ke Bangi. Sampai di Bangi jam 5.30 pagi. Kami tinggalkan saja kereta Proton depan rumah Kak Nab. Kemudian kami pergi ke Hentian Kajang. Ambil budak tu dan balik semula ke rumah Kak Nab untuk solat subuh sekitar jam 6.00pg. Lepas solat dan borak2 sekejap, kami balik ke Nilai dan mengopi di Bistro As Salam. Lepas mengopi, kami balik rumah dan biarkan budak tu rehat sementara kami pergi ke pasar untuk rutin mingguan.

Balik dari pasar, sekitar jam 11.30 pagi. Lepas tu barulah boleh rehat sikit. Mula2 abg lepak dengan budak di bawah (tenet) tapi lepas tu abg naik atas rehat kat atas pulak. Tengahari, kak Zai masak singgang ikan tongkol dengan daging goreng bodoh. makan pulak dengan budu, pergh...2 pinggan + abg makan. Lepas makan apa lagi....tidor la. Petang Kak Zai bawak budak tu dan seorang lagi pembantu (sedara kak Zai) pergi Nilai Square beli barang personal dia orang. Balik sekitar 5.00 ptg. Lepas tu abg hantar pulak dia orang ke Putrajaya. Sebelum ke rumah tempast tinggal dia orang, kami singgah dulu kat Taska untuk hantar barang dan ambil barang. Balik dari Putrajaya dan sampai kat rumah sekitar 7.45mlm. Solat maghrib di rumah dan sekitar jam 8.00mlm abg dah sampai kat Surat kasturi Height untuk mesyuarat AJK bulanan untuk bulan Mei 2009. Abg sebenarnya cuma Pemeriksa Kira-Kira tetapi juga dilantik menganggotai Biro Penerangan. Tugas abg mantain Blog Surau An-Nur, Kasturi Height. Nak tengok, klik kat sini.

Mesyuarat Bulanan AJK Surau An-Nur

Meeeting habis sekitar jam 9.30 malam. Lepas habis meeting abg bergegas pulak ke LCCT untuk pick-up bakal pekerja kami yang datang dari Miri, Sarawak. Flight dari Miri sampai sekitar jam 10.50 malam. Menunggu ketibaan kapalterbang, abg park kereta di deretan kereta2 lain yang juga menunggu ketibaan tetamu atau pelanggan lain berhampiran dengan Tune Hotel yang baru siap. Memang maju LCCT sekarang ni.

Bakal pekerja kami.

Dia ni sangat beruntung sebab datang interview di Wangsamaju dibiayai tiket penerbangan guna Air Asia dan tempat menginap. Abg pick-up dia sekitar jam 11.00 malam dan bawa ke hotel penginapan di Bandar Nilai. Sebelum ke hotel, abg belanja makan bersebelahan dengan hotel tempat dia menginap. Selesai tugas abg malam tu jam 12.30 malam.

Saturday, May 16, 2009

Izzah pulak pulang bercuti

Harini Izzah balik dari UTM Sekudai tumpang parent kawan dia. Sampai kat rumah sekitar jam 6 petang. Izzah akan bercuti selama 1 bulan setengah. Ni cuti semester lah menunggukan keputusan Express dia. Kalau lulus Izzah akan join Program Kemasukan biasa yang akan bermula di awal Julai nanti.

Uya dapat Hadiah Terbaik PMR 2008

Una yang jadi wakil Uya. Semuga,
Una dapat motivasi yang satu hari nanti giliran Una pulak.



Harini abg dijemput untuk hadir ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Sepang 2009 sebagai AJK Pibg SMK Seri Sepang dan bapa kepada Nurul Hazirah bt Hamidon yang dianugerahkan Pelajat Terbaik PMR 2008 sebab dapat 8A bersama 15 pelajar lain yang dapat 8A. Kak Zai ada bengkel mengenai Taska dan tak dapat hadir. Uya tak dapat datang (tak balik) dan tempatnya digantikan oleh Nurul Farzanah (Una). Hadiah yang Uya dapat adalah plaque TERBAIK PMR 2008 berserta sijil dan tak lupa sampul surat yang mengandungi 5 keping wang kertas bernilai RM10 (RM50 la maknanya).

Sebahagian ibu bapa yang hadi di majlis tersebut.

Plaque (plak) yang Uya dapat

Bergambar kenangan dengan plaque yang uya dapat.

Tahniah Uya!!! Semoga Uya akan terus maju dalam pelajaran di MRSM Alor Gajah pulak.


Friday, May 15, 2009

Kerete Kango/Kawan Lama

Inilah kereta yang abg akan guna mulai hari ini sampai abg dapat kereta abg.

Masa abg ambil kereta ni, abg ada terima panggilan dari kawan sekolah abg dari Tingkatan 1 sampai tingkatan 5.


Nama dia Siti Rosngatin bt Kajar. Budak sawah sempadan kot ataupun Sg Terap. Sekarang bukan budak lagi, dah nenekpun. Abg sebenarnya cukup teruja bila dapat panggilan telefon dari kawan lama abg tu. Bayangkan sejak 1975 sehingga kini abg tak pernah jumpa lagi dia. Dulu kami sama2 sekolah di Sekolah Dato' Haron dari Tingkatan 1 sampai 3. Lulus SRP, kami sama2 mohon Sekolah Menengah Teknik Seremban (sekarang Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaaffar). Memandangkan kami sama2 minat perdangangan, kami ditempatkan dalam kelas yang sama iaitu Tingkatan 4 Perdagangan dan kemudiannya 5 Perdagangan. Selain dari subjek2 biasa seeperti Ilmu Hisab dan Sains, kami juga belajar Perdagangan dan Prinsip Akaun. Sekarang kebanyakan kawan2 sekelas kami berkecimpung dalam bidang yang berkaitan Akaun. Siti Rosngatin sekarang merupakan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit dan berpengkalan di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Macam mana agaknya abg dapat contack dia? Abg browse through internet guna google serch dengan menaip nama dia orang dan abg ternampaklah kelibat nama dia dan abg hantar email kat dia by leaving my handphone number. Begitulah caranya abg cari kawan2 lama abg. Dari situ timbul idea untuk abg untuk create another blog specifically untuk abg cari kawan2 lama abg dan abg namakan blog tersebut sebagai http://akudankawan2lama.blogspot.com/. Blog tu abg buat untuk cari kawan2 sekolah abg sejak 1965 (SK Sg Sireh) hinggalah 1975 (SMT Seremban).

Berbalik kepada cerita Siti Rosngatin ni, dia ni dulu sangat aktif dalam sukan. No wonderlah muka dia macam budak lengkongan 20han. Sekarang dah punya anak seramai 6 orang. Kalau tak silap dah punya cucu at the age of 51+. Abg sekarang sedang cuba untuk membuat hubungan dengan lain-lain kawan melalui Siti Rosngatin. Untuk pengetahuan korang, dalam kelas Perdagangan tahun abg tu cuma ada 5 orang lelaki di dalam kelas tersebut. Selain itu semuanya perempuan dan kalau tak silap lebih 35 orang perempuan. Yang lelaki ialah, Ali, Baharuddin, Norib, Salman abg sendiri. Masa Tingkatan 4, abg jadi Ketua Tingkatan tapi masa tingkatan 5, abg kalah dengan Siti Fatimah Jalal (sebab perempuan ramai sangat yang sokong dia) dan abg jadi Penolong Ketua Tingkatan.


Thursday, May 14, 2009

ERL, LRT dan Teksi

Hari ini abg diberi kebenaran untuk menggunakan kereta syarikat untuk sementara waktu sebab abg takde kereta. Kereta Proton Saga Aeroback tu abg kena pulang balik. Dah masuk 6 bulan abg guna kereta tu. Anak Kak Nab pulak nak guna kereta tu. Penyelamatnya kereta syarikat yang telah dipulangkan ke pejabat oleh salah seorang Jurujual syarikat yang dah beli kereta baru. So hari ini abg akan ambil aleh guna kereta tu sementara kereta yang kami nak beli tu keluar. So, abg kena datang ke ofis tanpa bawa kereta. Untuk itu abg buat keputusan untuk guna pengangkutan awam ke tempat kerja.

Putra LRT Dari Stesyen KL Sentral.
Tadi bersesak-sesak dari KL Sentral.
Sekarang dah sampai Jelatek, dah hampir kosong.


Bertolak dari rumah (Desa Melati 3, Putra Nilai, Nilai NS) jam 7.00 pagi sama Kak Zai. Drop dulu Una di SMK Seri Sepang (Ali ponteng sekolah hari ni). Pastu Kak Zai drop abg kat Stesyen ERL Kota Warisan. Beli tiket ke KL Sentral RM 12.50. Dapat train sekitar 7.45 am. Sampai KL Sentral sekitar jam 8.15 Then naik Putra LRT ke Wangsamaju sekitar 8.30am dengan tiket RM2.20 dan sampai di Stesyen Setiawangsa jam 9.00 am. Pastu naik teksi ke ofis abg di Wangsamaju dan sampai jam 9.15am . Tambang RM4.50.

Itulah pengalaman kali pertama pergi ke tempat kerja naik pengangkutan awam. So hari ni abg kena berbelanja untuk tambang sahaja sebanyak RM19.20 sehala. Kalau sebulan RM19.20 x 2hala x 22 hari bekerja = RM844.80.
Stesyen LRT Setiawangsa


PEMANDANGAN DI SEKITAR STESYEN LRT SETIAWANGSA



Sunday, May 10, 2009

Rumah kami dikunjungi keluarga boss abg

Hari ini kami tak ke mana-mana sebab rumah kami didatangi oleh En Zam dan isteri serta 2 anak, Aina dan Ain Syafika. Yang paling menonjol ialah anak bongsu En Zam, Ain Syafika. Gambar kat atas tu abg ambil hari Khamis malam Jumaat yang lalu, masa abg bermalam di rumah En Zam. Malam tu dia demam dan takde mood nak layan abg. Tapi hari ni dia sangat ceria.
Ini gambar bila Ain Syafika masuk rumah. Dia terkejut kot? Tak sangka jumpa uncle Midon kat sini (Panggilan Ain Sayafika kat Abg).





Hari ni kak Zai buat mee pasta berencahkan soseej dan Laksa. Yang duduk kat meja tu sedang menjamu selera round ke2. Dia orang sedang makan laksa. En Zam baru bangun dari tidor sebab tadi dah pekena laksa 2 pinggan.

Asyik main jer budak ni. Ke hulu ke hilir. Ali lah yang tukang layan. Dah kepenatan, abg hulurkan botol susu dan terus terlena sampai dia orang nak balik.



Saturday, May 9, 2009

Ali Merajuk

Sambil menunggu makanan yang dipesan datang, layan perasaan masing2.

Kalau hari Sabtu biasanya kami akan ambil breakfast rengan2 je sebab tengahari kami akan makan di RN Teguh Rwestaurant di Jalan Salak. Restoranni menghidangkan masakan Melayu ala kampong. Favorite abg kalau makan kat sini ialah Ayam Kampong Goring, pucuk ubi masak lemak cili api dan sambal belacan.

Hari ini kami tukar plan. Pagi breakfast nasi goreng mama (memang sedap giler sebab banyak rencah dalam nasi goreng tu). So pagi ni ada sikit heavy so lunch kami extend sampai ke petang. Budget tengahari kami guna untuk makan malam. Kami bercadang nak makan malam di Cempaka Rimba di Kompleks PKNS di Bangi yang ada Billion Shopping Complex tu. Kami dua husband and wife order Sup Ekor, kailan ikan masin dan Siakap 3 rasa. Una dan Ali order fish & chips. Makanan kegemaran dia orang bila ke sini. Ntah apa ntah tiba2 Ali merajuk (menyetok=dialek Kelantan) dan keluar dari restoren tu sampailah kami habis makan. Makanan yang kemi order untuk dia terpaksa kami bungkus balik.


Siakap masak 3 rasa. Kali ni kurang menyengat sebab tukang masak yang biasa Rushdi (budak Thai yang kami kenal sejak di Brunei dulu dah balik ke Siam tuk sambung visa). Dulu kerja di Brunei, abg yang ambil. Sekarang dah kerja di Cempaka Rimba. Jamal kenal tukang masak ni.
Makanan yang dipesan oleh Ali.

Friday, May 8, 2009

Friday Weekly Meeting

Every Friday, we will be having our Weekly meeting. During this meeting, we evaluate our weekly performance and plan our next week activities. Our MD will chair the meeting. This week we reported Year-to-date Sales Bookings of 16.5M and Sales invoices of 15.07M. That was 8 months figures and therefore we have another 4 months to go. Our financial year starts from 1st September and closed on 31st August every year. Meaning to say that we are clebrating independence day on our closing day. We also discussed the incoming OGA 2009 Exibition which will be held next month. We will be taking 3 booths for the exibition featuring our various prinsipals. After the meeting, as usual, we will be having our makan-makan.


Today's menu is Nasi Lemak with Telur Mata Lembu, Fried Ikan Kembong and Prawn Sambal and served with sliced cucumber.


Dua jejaka tampan di antara gadis pingitan tu berasal dari Tg Karang
dan kebetulan kedua-dua pun Banjar.

Ain Syafika, anak perempuan En Zam yang bungsu. Hari ni dia tak sehat dan ikut datang ke ofis.

Thursday, May 7, 2009

Routine Mingguan

Dah masuk bulan kelima abg kerja di Sedia Teguh tapi korang tentu tak tahu routine mingguan abg. Bulan pertama sampailah bulan ketiga, abg akan berulang setiap hari dari Nilai ke tempat kerja abg. Mula2 Taman Seri Gombak dan sekarang di Wangsamaju. Kalau Seri Gombak jarak harian kira2 80km sehala dan sekarang di Wangsamaju, jarak sehala ialah 70km. Abg biasanya guna Jalan Nilai/KLIA, Jalan Dengkil, Lebuhraya Maju (Lebuhraya Putrajaya) dan tol sehala sebanyak RM2.50 dan akhir sekali MRR2. Kalau dihitung perbelanjaan di atas jalanraya sahaja ialah RM30 (25=minyak, 5=tol) sehari. Kalau dikali hitung panjang 22 hari bekerja sebulan berjumlah RM660. Itu belum belanja makan hitung panjang RM5 sehari. Jumlah keseluruhan lebih kurang RM770 sebulan. Mula kerja dulu keluar jam 6.00pagi dan sampai jam 7.15pagi. Masuk kerja sebenarnya 8.30 pagi sampai 5.30ptg. Kebiasaannya abg akan balik sekitar 6.30 ptg dan sampai rumah sekitar jam 7.30 mlm. Masuk bulan keempat, berulang terasa penat dua perkara. Penat badan dan penat duit. Timbul persoalan untuk menyewa bilik di Wangsamaju. Sementara tu, korang tak tahu sejak abg jual kereta Proton Wira NAM9295 (Dec 2008), abg pinjam kereta Kak Nab (seperti gambar di bawah). Kereta Proton Wira tu terpaksa abg jual sebab minyak enjin dah bocor. Kalau nak repair makan ribu jugakla. Masa tu abg kering giler. Terpaksa jugak jual dan duit kereta tu abg guna bayar pinjaman rumah yang tertangguh 3 bulan.

Kereta inilah yang berjasa membawa abg setiap hari dari Nilai ke Wangsamaju. Kereta ni manual. Korang pasti tahu abg ada masalah besar bawa kereta manual tetapi apa pilihan yang abg ada. Mahu tak mahu, abg TERPAKSA biasakan diri untuk bawa kereta manual ni. Nasib baikla Kak Nab tukar stering kereta ni dari manual kepada power steering (purposely for me). Bayangkan situasi jem di MRR2 yang setiap hari abg terpaksa lalui terutamanya dari Tesco Ampang ke Pandan Indah, balik dan pergi. Banyak kali kereta mati di tengah jalan tetapi Alhamdulillah, sekarang ni abg dah boleh dikatakan 95% boleh mengemudi kereta manual dengan cekap dan yakin. Di mana agaknya situasi tegang yang abg stress sangat nak pandu kereta manual? Jalan jem dan mendaki bukit yang memerlukan keupayaan mengimbangi kelas dan handbrake dengan cekap. Kaki dan tangan sebelah kiri yang kritikal untuk fungsi ini pulak tu lemah dan bukan macam korang. Kadang2, otak tak snycronize membuatkan abg panik dan terpaksa brek mengejut. Banyak kali benda ni berlaku tapi setakat ni belum ada terjadi perkara2 yang tidak diingini.

Beginilah hari-hari. No wonder kaki kiri abg makin kuat, asyik tekan pedal kelas jer.

Dari segi keupayaan kewangan, untuk bulan keempat ini rasanya semakin mantap. Masa mula kerja dulu (dengan Sedia Teguh) bertembung dengan banyak perkara. Ali dan Una masuk sekolah. Izzah masuk UTM, Nadia belum dapat pinjaman Mara dan Uya pulak masuk MRSM. Pertembungan tu memerlukan perbelanjaan yang tinggi di samping abg memerlukan modal untuk pergi kerja. Sepanjang abg guna kereta Kak Nab, abg tak pernah bayar 1 sen pun kat dia. Dua bulan lepas timbul keperluan dari pihak Kak Nab untuk ambil kereta tu tapi abg mintak tangguh. Abg faham kereta tu bukan kereta abg dan abg kena pulangkan jugak satu hari nanti tapi aabg minta tangguh sampai abg dapat usahakan beli kereta satu lagi untuk keperluan abg ulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Nak beli kereta bukan perkara mudah sekarang ni. Bank akan check latar belakang peminjam. Kalau ada rekod lampau yang tak bagus atau istilah yang sering digunakan BLACKLISTED, pinjaman tidak diluluskan dan itulah yang terjadi pada kami. Sebelum ni kami pernah buat submission atas nama Kak Zai untuk beli kereta Nissan Grand Livina tetapi rejected sebab kes kilang Sabli Malaysia di Pandamaran dulu. Kami dah tak tentu arah dan keadaan sungguh mendesak. Kami mahu taak mahu kena ada kereta sebuah lagi. Kereta yang kami patut beli tu sekurang2nya boleh memuatkan 7 orang ahli keluarga kami supaya bila balik kampong samada Tg Karang atau Kelantan, kami guna satu kereta sahaja. Betullah kata AL Qur'an, di mana ada kesempitan, pasti ada jalan keluar. Mulanya Mok Yah, adik Kak Zai dengan rela hati beri kebenaran guna nama dia tetapi memandangkan take home salary tak mencukupi, submission ditolak. Then, Kak Nab come to the resque again. InsyaAllah, kami akan memiliki kereta yang menepati keperluan keluarga kami iaitu..........Proton Exora.

Sekarang ni routine mingguan abg, 3 hari dari Nilai dan 2 hari lagi dari Wangsamaju. Abg tidak menyewa bilik tetapi menumpang rumah boss abg, En Zamsari. Abg akan bermalam di rumahnya pada malam Rabu dan malam Jumaat macam malam ni. Tadi abg keluar dari pejabat jam 9 malam. Abg siap2 solat Isyak di pejabat.

Depan pejabat kami waktu abg keluar tadi. Jadi tempat pakir lori pulak.

Sebelum abg pergi rumah boss abg tu, seperti kebiasaannya abg akan makan malam dulu di tempat biasa abg iaitu di Gerai Aishah Tomyam di Medan Selera Wangsamaju Seksyen 4.


Dan inilah menu abg malam ni;




Nasi puteh
Sup sayur dan
Udang masak pedas

Harganya cuma RM10 sahaja.

Hidup (kewangan) abg semakin setabil sekarang ini. Kepada adik-adik yang ada tolong abg, abg akan usahakan bayar balik dalam masa terdekat insyaAllah atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini waktu abg dapat bonus nanti. Bukan abg sengaja beri keutamaan nak beli kereta tetapi abg terpaksa ada kereta sebuah lagi sebab kereta yang abg guna sekarang kena pulangkan dalam masa terdekat (anak Kak Nab pulak nak guna). Kalau dah ada kereta Proton Exora tu, abg akan guna Naza Suria yang Kak Zai guna sekarang. Lagipun Kak Zai yang akan bayar ansuran bulanan kereta tu nanti.

Menara Bumiputra

Hari ini abg ada urusan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Hal Ehwal Akaun dan Kewangan merupakan portfolio utama abg di Sedia Teguh Sdn Bhd. So hari ni abg kena uruskan pembayaran satu perbekalan (betul ke ayat ni?) kepada Talisman Malaysia Limited untuk syarikat pembekal kami iaitu Brodie Meter. Untuk pengetahuan korang, syarikat kami merupakan trading house yakni beli barang dan jual barang tu kepada syarikat Minyak yang mengendalikan aktiviti upstream (huluran) dan downstream (hiliran). So, pelanggan kami merupakan syarikat minyak tempatan dan antarabangsa seperti Petronas, ExxonMobill dan Shell. Selain syarikat minyak, kami juga bekal kepada Fabrikator seperti MMHE, Sime dan banyak lagi. We dont have to keep stock. Bila ada jer pesanan, kita orang akan keluarkan PO kepada syarikat pembekal dan syarikat pembekal akan hantar barang tersebut terus kepada pelanggan kami. Bila urusniaga telah selesai, kami pun hantar invois kepada pelanggan kami. Bila kami dah dapat bayaran dari pelanggan kami, kamipun buat pembayaran kepada syarikat pembekal kami.

Sejak abg ambil alih pengurusan kewangan syarikat, abg cuba memaksimakan kemudahan kredit yang diberikan oleh bank kami supaya syarikat sentiasa mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membiayai sebarang projek atau perbekalan. Untuk itu abg aplikasikan urusan pembayaran menggunakan Trade Finance Facility dan semua urusan yang bersangkut paut dengan Bank Muamalat harus dibuat di Bank Muamalat Trade Finance Centre yang terletak di Blok Podium, Bangunan Bumiputra, Jalan Melaka.

Korang semua dah tahukan yang Bank Muamalat tu asalnya Bank Bumiputra. Dulu, selain Bank Islam, kebanyakan bank konvensional mempunyai Islamic Counter masing2 yang menawarkan urusan perbankan berlandaskan syariah sebagai alternatif kepada perbankan konvensional (riba). Apabila Bank Bumiputra dikorperatkan maka dipisahkan Islamic Counter menjadi suatu entiti baru dipanggil Bank Muamalat. The other half of Bank Bumi sekarang ini dikenali dengan CIMB Bank. Kalau nak cerita, panjang sangat. Abg cuma mengimbau kenangan lama abg masa abg kerja kat Maybank dulu. Dulu abg selalu jugak datang ke Menara Bumiputra ini utk bermesyuarat. Abg dulu aktif persatuan kebajikan kakitangan Islam bank. Jadi, selalulah kena jemput datang bermesyuarat di sini sebagai wakil persatuan Maybank. 14 tahun abg tinggalkan kerja (bank) di KL, terlalu banyak perubahan di Kuala Lumpur ini.


Ini tempat pakir kereta. Dari tempat ni abg mendongak ke sekeliling untuk melihat perubahan yang berlaku di sini.

Menara Tun Razak tu yang ada tanda Tradewind tu dulunya dimiliki oleh Pernas (Perbadanan Nasional) sekarang ni rasanya dah bertukar pemilik kepada Tradewind Corporation Berhad, salah satu syarikat di bawah Perbadanan Johor (J Corp). Menara Tun Razak dan jadi Menara Tradewinds.
Menara CIMB tu dulu asalnya United Asian Bank (UAB) kemudian bergabung jadi Bank of Commerce (BOC) lepas tu jadi sebahagian Bank Bumiputra dan akhirnya jadi CIMB.
Ini merupakan Menara OCBC. Dulu kalau tak silap, cawangan lama OCBC. Kalau malam jadi benteng (tempat makan). Abg selalu lepak kat situ lepas kerja masa bujang la sebelum balik rumah di Seri Gombak.

Ni tak tahu bangunan apa.

Bangunan baru yang sedang dalam pembinaan ni ntah bangunan apa pulak.



Gambar ni pun penting jugak dalam hidup abg. Membelakangkan Bangunan AmanahRaya (dulu Standard Chartered Bank Jalan Ampang) tu dulunya dikenali dengan nama Bangunan Dato' Zainal. Sekarang abg nampak ada signboard Etiqa. Tak tahulah siapa punya. Dulu ditempatkan di salah satu tingkat tu Arab Malaysian Finance Berhad. Abg pernah dipanggil interview untuk bekerja di sana tetapi memandangkan BI abg ketika itu tahap kampong, maka abg gagal untuk mendapatkan kerja tersebut. Kat tempat abg berdiri ambil gambar ni dolo2 stesyen bas Jalan Ampang. Kat sinilah abg tunggu bas nak balik ke rumah sewa abg di Seri Segambut. Ada dua alternatif kenderaan. Satu bas biasa dan satu lagi bas mini (peringkat pertama) yang macam bas pelancung tu tapi jenis kecik. Berhimpit-himpit. Kat sinilah juga tempat jumpa makwe lama, malaslah nak cerita lebih2 nanti ada orang marah.

Abg sebenarnya langsung tak sangka abg akan balik semula ke KL untuk bekerja. Bila dah berada di sini, abg terpaksalah (dalam masa menjalankan tugas) pergi ke sana dan ke sini. Bila dah lalu tu tempat2 tu teringatlah peristiwa2 silam yang pernah abg lalui semasa di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menjadi saksi jatuh bangun abg dalam hidup di muka bumi Allah ini. Semuanya sudah ditakdirkan Allah sejak azali lagi. Hidup wajib diteruskan dan semoga akhir kalam kita semua dapat ucap Laillahaillallah. Tiada tuhan yang disembah malainkan Allah (Allah berkuasa, makhluk takde kuasa. Selain Allah adalah makhluk, tak boleh beri manfaat dan tak boleh beri mudharat). Yang boleh beri manfaat hanya Allah dan yang boleh beri mudharat juga hanya Allah.