Thursday, May 7, 2009

Menara Bumiputra

Hari ini abg ada urusan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Hal Ehwal Akaun dan Kewangan merupakan portfolio utama abg di Sedia Teguh Sdn Bhd. So hari ni abg kena uruskan pembayaran satu perbekalan (betul ke ayat ni?) kepada Talisman Malaysia Limited untuk syarikat pembekal kami iaitu Brodie Meter. Untuk pengetahuan korang, syarikat kami merupakan trading house yakni beli barang dan jual barang tu kepada syarikat Minyak yang mengendalikan aktiviti upstream (huluran) dan downstream (hiliran). So, pelanggan kami merupakan syarikat minyak tempatan dan antarabangsa seperti Petronas, ExxonMobill dan Shell. Selain syarikat minyak, kami juga bekal kepada Fabrikator seperti MMHE, Sime dan banyak lagi. We dont have to keep stock. Bila ada jer pesanan, kita orang akan keluarkan PO kepada syarikat pembekal dan syarikat pembekal akan hantar barang tersebut terus kepada pelanggan kami. Bila urusniaga telah selesai, kami pun hantar invois kepada pelanggan kami. Bila kami dah dapat bayaran dari pelanggan kami, kamipun buat pembayaran kepada syarikat pembekal kami.

Sejak abg ambil alih pengurusan kewangan syarikat, abg cuba memaksimakan kemudahan kredit yang diberikan oleh bank kami supaya syarikat sentiasa mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membiayai sebarang projek atau perbekalan. Untuk itu abg aplikasikan urusan pembayaran menggunakan Trade Finance Facility dan semua urusan yang bersangkut paut dengan Bank Muamalat harus dibuat di Bank Muamalat Trade Finance Centre yang terletak di Blok Podium, Bangunan Bumiputra, Jalan Melaka.

Korang semua dah tahukan yang Bank Muamalat tu asalnya Bank Bumiputra. Dulu, selain Bank Islam, kebanyakan bank konvensional mempunyai Islamic Counter masing2 yang menawarkan urusan perbankan berlandaskan syariah sebagai alternatif kepada perbankan konvensional (riba). Apabila Bank Bumiputra dikorperatkan maka dipisahkan Islamic Counter menjadi suatu entiti baru dipanggil Bank Muamalat. The other half of Bank Bumi sekarang ini dikenali dengan CIMB Bank. Kalau nak cerita, panjang sangat. Abg cuma mengimbau kenangan lama abg masa abg kerja kat Maybank dulu. Dulu abg selalu jugak datang ke Menara Bumiputra ini utk bermesyuarat. Abg dulu aktif persatuan kebajikan kakitangan Islam bank. Jadi, selalulah kena jemput datang bermesyuarat di sini sebagai wakil persatuan Maybank. 14 tahun abg tinggalkan kerja (bank) di KL, terlalu banyak perubahan di Kuala Lumpur ini.


Ini tempat pakir kereta. Dari tempat ni abg mendongak ke sekeliling untuk melihat perubahan yang berlaku di sini.

Menara Tun Razak tu yang ada tanda Tradewind tu dulunya dimiliki oleh Pernas (Perbadanan Nasional) sekarang ni rasanya dah bertukar pemilik kepada Tradewind Corporation Berhad, salah satu syarikat di bawah Perbadanan Johor (J Corp). Menara Tun Razak dan jadi Menara Tradewinds.
Menara CIMB tu dulu asalnya United Asian Bank (UAB) kemudian bergabung jadi Bank of Commerce (BOC) lepas tu jadi sebahagian Bank Bumiputra dan akhirnya jadi CIMB.
Ini merupakan Menara OCBC. Dulu kalau tak silap, cawangan lama OCBC. Kalau malam jadi benteng (tempat makan). Abg selalu lepak kat situ lepas kerja masa bujang la sebelum balik rumah di Seri Gombak.

Ni tak tahu bangunan apa.

Bangunan baru yang sedang dalam pembinaan ni ntah bangunan apa pulak.



Gambar ni pun penting jugak dalam hidup abg. Membelakangkan Bangunan AmanahRaya (dulu Standard Chartered Bank Jalan Ampang) tu dulunya dikenali dengan nama Bangunan Dato' Zainal. Sekarang abg nampak ada signboard Etiqa. Tak tahulah siapa punya. Dulu ditempatkan di salah satu tingkat tu Arab Malaysian Finance Berhad. Abg pernah dipanggil interview untuk bekerja di sana tetapi memandangkan BI abg ketika itu tahap kampong, maka abg gagal untuk mendapatkan kerja tersebut. Kat tempat abg berdiri ambil gambar ni dolo2 stesyen bas Jalan Ampang. Kat sinilah abg tunggu bas nak balik ke rumah sewa abg di Seri Segambut. Ada dua alternatif kenderaan. Satu bas biasa dan satu lagi bas mini (peringkat pertama) yang macam bas pelancung tu tapi jenis kecik. Berhimpit-himpit. Kat sinilah juga tempat jumpa makwe lama, malaslah nak cerita lebih2 nanti ada orang marah.

Abg sebenarnya langsung tak sangka abg akan balik semula ke KL untuk bekerja. Bila dah berada di sini, abg terpaksalah (dalam masa menjalankan tugas) pergi ke sana dan ke sini. Bila dah lalu tu tempat2 tu teringatlah peristiwa2 silam yang pernah abg lalui semasa di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menjadi saksi jatuh bangun abg dalam hidup di muka bumi Allah ini. Semuanya sudah ditakdirkan Allah sejak azali lagi. Hidup wajib diteruskan dan semoga akhir kalam kita semua dapat ucap Laillahaillallah. Tiada tuhan yang disembah malainkan Allah (Allah berkuasa, makhluk takde kuasa. Selain Allah adalah makhluk, tak boleh beri manfaat dan tak boleh beri mudharat). Yang boleh beri manfaat hanya Allah dan yang boleh beri mudharat juga hanya Allah.

1 comment:

Kama said...

gambar bertajuk 'Ni tak tahu bangunan apa' (di bawah gambar Menara OCBC) adalah Menara Lee Rubber. Menara Lee Rubber ni dulu ah ibu pejabat OCBC Bank Malaysia Berhad sebelum berpindah ke Menara OCBC Bank sekarang. Bangunan Dato' Zainal sekarang dh jadi milik ETIQA insurance di bawah kumpulan Maybank. Nama lama dia Takaful Nasional.