Friday, March 20, 2009

What a sad story

Hari ni, syarikat kami tidak bernasib baik. Semasa abg dan beberapa pekerja Islam pergi menunaikan solat Jumaat pekerja wanita telah ditipu oleh 2 orang berbangsa India menyamar sebagai pemasang carpet, datang kononnya untuk memereksa carpet baru kami. Kalau dah nak kena tipu tu langsung tak perasan yang orang yang datang tu memang tak pernah ada hubungan perniagaan dengan kami dan tak pernah disuruh datangpun. Yang lagi sedih tu, boleh lagi kami tunaikan permintaan dia orang untuk kosongkan pejabat sebab bau asid yang disembur pada carpet tu yang sangat kuat dan takut membahayakan. Akhirnya, masa itulah dia orang ambil kesempatan untuk cari barang berharga di pejabat dan 4 buah laptop yang sarat dengan data-data yang sangat berharga hilang termasuklan laptop abg yang baru berusia 3 hari.

Ambillah pengajaran dari kesilapan kami ini.
Kesilapan kami: Membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki pejabat dan memberikan mereka kebenaran untuk membuat kerja tanpa perlu diperhatikan.

Sunday, March 15, 2009

!'st Assignment!


Semalam angah dapat satu projek, jadi jurufoto untuk satu majlis tunang. Best jugak. Boleh dapat duit tambahan. Angah charge dia RM300 untuk pakej 72 keping gambar 4R dan 4 keping 8R., Sebuah album dan CD. Kira ok tak? Angah rasa untuk projek pertama kira oklah harga itu. Angah buat editing dan sedikit design. Banyak yang nak kena belajar lagi. Nasib baik ada pengalaman buat majalah dengan Photoshop. Kira membantu jugaklah.

Friday, March 13, 2009

Banyak Alhamdulillah di sini


Bulan lepas dan bulan ni banyak perkara positif berlaku sejak abg kerja di Sedia Teguh Sdn Bhd. Pada hari jadi abg yg ke 51 (23Feb 2009) abg dihantar untuk mendalami accounting package MYOB selama 2 hari di Megan Phileo Allied di Jalan Yap Kwan Seng. Awal bulan tadi kami pindahkan saki baki barang-barang di ofis lama ke ofis baru di Wangsa Maju.


Minggu lepas kami ada tetamu En Calvin dari MTR Inc dari USA. Dia ni sebenarnya rakyat Malaysia yang telah bermastautin di USA.










Semalam, kami dikunjungi seorang lagi Principal dari India iaitu Mr Vikas Anand dari Bliss Anand Private Ltd. Orangnya baru berumur 38 tahun tetapi sudah menerajui satu perniagaan besar bersangkut-paut dengan Kejuruteraan Minyak dan Gas yang ditubuhkan oleh ayah beliau sendiri. Kini beliau merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan ayah beliau menjadi Penasihat syarikat.

Minggu hadapan kami akan dikunjungi seorang lagi Principal, Mr Victor Chuah dari Growco International.