Friday, March 20, 2009

What a sad story

Hari ni, syarikat kami tidak bernasib baik. Semasa abg dan beberapa pekerja Islam pergi menunaikan solat Jumaat pekerja wanita telah ditipu oleh 2 orang berbangsa India menyamar sebagai pemasang carpet, datang kononnya untuk memereksa carpet baru kami. Kalau dah nak kena tipu tu langsung tak perasan yang orang yang datang tu memang tak pernah ada hubungan perniagaan dengan kami dan tak pernah disuruh datangpun. Yang lagi sedih tu, boleh lagi kami tunaikan permintaan dia orang untuk kosongkan pejabat sebab bau asid yang disembur pada carpet tu yang sangat kuat dan takut membahayakan. Akhirnya, masa itulah dia orang ambil kesempatan untuk cari barang berharga di pejabat dan 4 buah laptop yang sarat dengan data-data yang sangat berharga hilang termasuklan laptop abg yang baru berusia 3 hari.

Ambillah pengajaran dari kesilapan kami ini.
Kesilapan kami: Membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki pejabat dan memberikan mereka kebenaran untuk membuat kerja tanpa perlu diperhatikan.

No comments: