Friday, March 13, 2009

Banyak Alhamdulillah di sini


Bulan lepas dan bulan ni banyak perkara positif berlaku sejak abg kerja di Sedia Teguh Sdn Bhd. Pada hari jadi abg yg ke 51 (23Feb 2009) abg dihantar untuk mendalami accounting package MYOB selama 2 hari di Megan Phileo Allied di Jalan Yap Kwan Seng. Awal bulan tadi kami pindahkan saki baki barang-barang di ofis lama ke ofis baru di Wangsa Maju.


Minggu lepas kami ada tetamu En Calvin dari MTR Inc dari USA. Dia ni sebenarnya rakyat Malaysia yang telah bermastautin di USA.










Semalam, kami dikunjungi seorang lagi Principal dari India iaitu Mr Vikas Anand dari Bliss Anand Private Ltd. Orangnya baru berumur 38 tahun tetapi sudah menerajui satu perniagaan besar bersangkut-paut dengan Kejuruteraan Minyak dan Gas yang ditubuhkan oleh ayah beliau sendiri. Kini beliau merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan ayah beliau menjadi Penasihat syarikat.

Minggu hadapan kami akan dikunjungi seorang lagi Principal, Mr Victor Chuah dari Growco International.

No comments: