Friday, January 2, 2009

Kenduri Nana dan Piyan

Hari ini kenduri rewang kat rumah Gadi. Derang semua pergi ke sana. Angah tunggu rumah dengan ayah. So angah teringat nak update kenduri Nana hari tu. Walaupun dah lama, tapi kalau dikorek-korek, masih segar juga dalam ingatan.

Angah baru design muka depan Magazine Pengantin Edisi Khas.Cantik tak?



Kenduri 2 hari 2 malam


Hari Pertama=kenduri Rewang 12 Dis 08.

Angah pepagi lagi dah bangun dan pergi ke Sekinchan dengan nenek dan Pak Uda. Banyak barang nak dibeli lagi. kami bel ikan kembung 10 kg, ikan bawal, udang besar dan kecil, sayur-mayur dan pisang nak buat muffin.

Orang-orang kampung pepagi lagi dah datang untuk menolong menyedakan makanan dan sebagainya. pagi ini kami menyediakan makanan tengah hari sebagainana yang dirancang dalam menu. masak umbut campur waloh. rupa-rupanya adayang tak tahan. Perut masuk angin dan terus sakit. So tahun depan jangan lagilah masak umbut dengan waloh. Ataupun kalau nak masak, buat masak lemak walor jer campurlah dengan pucuk waloh ker atau kacang panjang pun ok. atau campur dengan putik jagung dan ubi keledek. Tapi, macam mana seklaipun, makan tengah hari sangat menyelerakan.

Hari ini hari Jumaat, jadi yang lelaki ke masjid sembahyang Jumaat. Angah tengok derang susun ayam yang telah dipotong tu atas lantai macam nak jemur. ofkoslah ada lapik. Angah tanyalah orang siapa tah dah lupa kenapa derang buat macam itu? Oh, rupanya untuk mengelakkan daging ayam itu busuk. Sekembali dari masjid, derang pun gotong - royong bersihkan ayam dan goreng ayam tersebut dan simpan dalam kotak. Esok pepagi derang akan masak ayam tu masak merah. Ada menu tambahan. ikan keli. Bergotong royonglah mereka membersihkan ikan keli. Emak order 50 kg. Rasanya sekg campur upah siang ialah RM4.50. OKlah tu.

Kaum perempuan pula menyiang bawang-bawang dan sebagainya. kami bentang tikar dan karpet lama kat depan rumah keichik. Ramai-ramai lepak kat situ sambil kupas bawang. makcik-makcik dan kakak-kakakni memang rajin. Apa saja yang diberi suma kupas. Nasib baik derang tak kupas semua 7 guni bawang besar tu. Huhu.

Ada problem sikit pasal pelamin. Entah macam mana derangni tak ikut janji asal, tapi akhirnya adalah kompromi. Mereka janji akan pasang pelamin selepas sembahyang Jumaat atau by sembahyang Jumaat dah siap. Lupa lak. Angah tak kisah sangat pelamin ni, tapi janji mestilah ditunaikan. pulak tu pelamin ni tak kukuhlah, asyik jatuh jer bunga atas pillars tu..Buat malu jer.... last-last angah carik selotape, dan selotep kuat-kuat, barulah ok. Sevice buruk betul.

Alamak!!! dah petang baru teringat nak tanya. Hantaran nak bagi bila, satu benda pun tak buat lagi. nana pun tak cakap apa-apa, tolong ingatkan ker....Rupa-rupanya nak bagi hantaran tu malam ini jugak.kelam kabut angah pergi masak agar-agar putih salju tu.nasib baik everything ok. kak Normah yang toolong pukul telur putih. /cantik gebu. Selesai satu menu, tunggu sejuk jer. Pastu angah buat muffin. Kaklang pun dah sampai tolong. yang kelakarnya angah dah buat silap sebab guna tepung naik sendiri pastu agah tambah baking powder dan soda bicarbonate. har har har. Muffin pisang angah naik gebu melampau-lampau. kelakar pun ada. kali kedua angah buat muffin blueberry. Oklah sikit. jadi hantaran guna muffin blueberry jer. Akhirnya siap jugaklah hantaran. Sementara angah memasak, Acik Azie siapkan 2 lagi hantaran gula-gula dan buah. dan satu lagi pulut.OKlah beres.

Kelam kabut betullah angah, berlari-lari pergi ke mesjid dengan kamera yang disandang. Upacara nikah dah nak mula. Nasib baik sempat. Kesian tengok Piyan. muka nampak benar tensionnya. kali pertama nak melafazkan akad, tak kedengaran suara. Wah, masing-masing bagi konfiden. pastu sah..... alhamdulillah. Selamatlah nana menjadi isteri Piyan.

Pastu balik ke rumah, ada kenduri tahlil dan pastu pengantin disandingkan kat pelamin kontroversi kat atas. Oklah, angah pun ambik peluang bergambar dengan pengantin.

Apa agenda lepas tu, angah dah lupa. Apa yang Angah ingat, angah tidur lewat juga. Rasanya pukul satu tak tidur lagi. Apa angah buat ya pastu? oh baru teringat. angah mengemas kat luar.Banyak betul nak dibasuh. Benda-bendah besar macam dulang, periuk, besen dan sebagainaya. Pak Uda pulak sebuk masak air dengan tukang masak air Aizam. hehehe good job. Tahun depan boleh naik pangkat. Hehe Piyan pulak ambik alih jaga air. Kechik pun ada dan Tumiran pulak tukang berjaga malam. Acik nani tukang supply kopi gano.(tukang beli ajer, duit nenek).

Hari kedua - hari kendurilah.

Pagi-pagi angah masak nasik goreng. Pergh... kejab jer habis satu besen.Cewah macam sedap. Tapi memang sedap pun. :)))Pastu uruskan hal katdepan, apa yang patut dibuat oleh perewang. Sambil-sambil tu, kami kemaskan kerusi meja, pasang skirting dan kakanakan susun kuih-muih atas meja. kuih-muih yang disusun di atas meja ialah kuih bakar makjang bagi, rempeyek, kek kurma dan kek pisang kaklang sponser dan kuih telinga hindu.Pastu ada acar buah yang ditaja oleh Abang Zainal dari PD. Jangan lupa ada gak tapai yang emak buat.

subuh-subuh lagi tukang masak dah sampai. Tukang masak diberi tuala besar. Banyak peluh tu, jadi kena bagi tuala besar.;) Tuala goodmorning tu kami sediakan lebih kurang 100 helai.Ada belen sikit untuk sambung kenduri tahun depan laks. Perewang-perewang lak diberi bunga rewang warna perpel.

Pukul 10, tetamu dah mula datang tapi agak lesu jugaklah. Tapi dah dekat pukul 12.00 berduyun-duyun orang datang dan terpaksalah berbaris nak ambik makanan.

Kaum keluarga berkumpul.

Ni yang angah suka apabila ada kenduri, adikberadik akan berkumpul di rumah. Walaupun sesak, tapi kesesakan itu sebenarnya merapatkan hubungan. Pada kenduri kali ini, semuanya adik beradik ada, tak terkecuali.Bertambah lagi dengana cucu-cucu baru. Warga-wargatua banyak yang hadir. Pakndak datang, Paklang, maklang, mak teh, makcik, makjang, kak dah, makji Raayah, yang muda sikit- jilah, niah, zainab, kak rosnah, Budin pun ada (lama betul tak jumpa Budin, gemuk dah dia, tapi suara dia angah kenal sungguh), Nizam anak aruah kat rosnah pun datang. Pendek kata ramailah yang hadir. Seronok betullah.nenek siap buat bontrot spesial untuk orang jauh.

Pengantin lelaki lambat sampai

Janji kul 12 tapi kul satu pun tak sampai lagi. Penat nana tertunggu-tunggu. Kompang pun dah nak pergi ke tempat lain. Ahirnya yang ditunggu-tunggu pun sampai dah. Semasa bersanding azan pun berbunyi. Kompang, stop dulu ok! selepas bersanding ala kadar kat depan rumah, pengantin dibawa ke atas untuk bersanding di atas pelamin.pastu makan beradap. Hmmmm tengok jerlah lauk pengantin tu, tak merasa langsung angah.

Lepas makan, pengantin turun kat bawah dan buat cabutan bertuah. hadiah kali ini best best. Ada baldi, mangkuk, hanger, sudu, besen, hamper dan sebagainyaklah. Pemenang pertama yang dapat hamper tu ialah Naim anak kak Munah.Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua jiran tetangga.

Petang tu, kami semua tukar ke pakaian kulaan, rewang berkemas. Maghrib berhenti. Pastu ada acara potong kek. 2 tingkat lagik. pastu ada cabutan bertuah antara keluarga. Angah dapat dinner henbeg.Tq tq. lepas cabutan bertuah, ada anugerah khas 5A UPSR. dan pemenangnya ialah tentunyan Nur Haziqah Aini binti Rosli. Tahniah. pastu sambung balik berkemas, bawak masuk semua peralatan kenduri. Pastu .... tidur...

Sekianlah catatan daripada Angah. Esoknya tu ada gak cerita. nanti senang-senang angah sambung, k.kepada yang lain, bolehlah update ikut perspektif sendiri.

No comments: