Friday, March 20, 2009

What a sad story

Hari ni, syarikat kami tidak bernasib baik. Semasa abg dan beberapa pekerja Islam pergi menunaikan solat Jumaat pekerja wanita telah ditipu oleh 2 orang berbangsa India menyamar sebagai pemasang carpet, datang kononnya untuk memereksa carpet baru kami. Kalau dah nak kena tipu tu langsung tak perasan yang orang yang datang tu memang tak pernah ada hubungan perniagaan dengan kami dan tak pernah disuruh datangpun. Yang lagi sedih tu, boleh lagi kami tunaikan permintaan dia orang untuk kosongkan pejabat sebab bau asid yang disembur pada carpet tu yang sangat kuat dan takut membahayakan. Akhirnya, masa itulah dia orang ambil kesempatan untuk cari barang berharga di pejabat dan 4 buah laptop yang sarat dengan data-data yang sangat berharga hilang termasuklan laptop abg yang baru berusia 3 hari.

Ambillah pengajaran dari kesilapan kami ini.
Kesilapan kami: Membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki pejabat dan memberikan mereka kebenaran untuk membuat kerja tanpa perlu diperhatikan.

Sunday, March 15, 2009

!'st Assignment!


Semalam angah dapat satu projek, jadi jurufoto untuk satu majlis tunang. Best jugak. Boleh dapat duit tambahan. Angah charge dia RM300 untuk pakej 72 keping gambar 4R dan 4 keping 8R., Sebuah album dan CD. Kira ok tak? Angah rasa untuk projek pertama kira oklah harga itu. Angah buat editing dan sedikit design. Banyak yang nak kena belajar lagi. Nasib baik ada pengalaman buat majalah dengan Photoshop. Kira membantu jugaklah.

Friday, March 13, 2009

Banyak Alhamdulillah di sini


Bulan lepas dan bulan ni banyak perkara positif berlaku sejak abg kerja di Sedia Teguh Sdn Bhd. Pada hari jadi abg yg ke 51 (23Feb 2009) abg dihantar untuk mendalami accounting package MYOB selama 2 hari di Megan Phileo Allied di Jalan Yap Kwan Seng. Awal bulan tadi kami pindahkan saki baki barang-barang di ofis lama ke ofis baru di Wangsa Maju.


Minggu lepas kami ada tetamu En Calvin dari MTR Inc dari USA. Dia ni sebenarnya rakyat Malaysia yang telah bermastautin di USA.










Semalam, kami dikunjungi seorang lagi Principal dari India iaitu Mr Vikas Anand dari Bliss Anand Private Ltd. Orangnya baru berumur 38 tahun tetapi sudah menerajui satu perniagaan besar bersangkut-paut dengan Kejuruteraan Minyak dan Gas yang ditubuhkan oleh ayah beliau sendiri. Kini beliau merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan ayah beliau menjadi Penasihat syarikat.

Minggu hadapan kami akan dikunjungi seorang lagi Principal, Mr Victor Chuah dari Growco International.

Friday, February 13, 2009

Senyumanku di Pulau Pangkor





Kali ni angah pergi dengan Uda, Acik Nani, Zahid dan Nabilah jer. kami pergi masa Tahun Baru Cina hari Rabu. kebetulan masih cuti sekolah so ada lah peluang angah jalan-jalan perabih duit . hahaha saja nak cuti dan releks sikit. Cuti sekolah dulu tak dapat bercuti. Dengar cerita kump yang pergi dulu tu, macam best saja gi Pangkor ni, tu yang teruja nak pergi.

Memang seronok jugalah pergi ke sana. Duduk kat tempat derang duduk dulu gak. Best kat sini. ada WIFI. Boleh tenet selalu. hahaha. Kami sampai lebih kurang kul 12.00 tengah hari. makan kat pantai makanan yang kami bawak dari Tg Karang. Pagi-pagi lagi emak dah masak. Bukan angah suruh tau, Angah bangun belum pukul 6 lagi nak masak, tengok-tengok emak dah siapkan. alah, masak nasik ngan ayam masak salleh jerk. pastu bawak salad dan timun. Sedap makan kat tepi laut!

Petang jalan-jalan kat tepi pantai. Petang sikit bagi makan enggang yang bebas terbang tu. Pengalaman menarik juga.

Malam, jenjalan kat tepi pantai dan lepak kat bilik. TEnet lah apa lagi. Esoknya kami pergi snorkelling dan naik bot. Lama tak snorkelling. Seronok jugak tengok ikan. Cadang nak stay satu malam lagi, tapi emak tak bagi lah pulak. So balik dari snorlelling, kami pack dan balik kampung. Selamat tinggal Pulau Pangkor. Nanti kami datang lagi. hehhee syahir dah jeles dan ajak ayah dia pergi bulan tiga nanti. Jadi ker nak pergi?

Abg dah tukar tempat kerja


Post ni mungkin dah basi tapi untuk record purposes, anggaplah post ini sebagai baru. Sebenarnya abg dah dapat tempat kerja yang lebih baik di Sedia Teguh Sdn Bhd sebagai Senior Operation Manager in charge portfolio Accounts & Finance, Human Resource dan Business Operation. Abg mula kerja di sini pada 15hb Januari 2009. Masa started dulu ofis kami di Seri Gombak. Sebelum kerja kat sini abg kerja di TaiAce Engineering Sdn Bhd di Nilai. Jadi jarak dari rumah abg tak la jauh sangat. Keluar jam 8.10 pg sampai ofis jam 8.30 pagi. Sekarang, kena keluar jam 7.00 pg, sampai ofis sekitar jam 8.15 pagi. Tapi sekarang ofis abg dah berpindah ke Wangsamaju, Kuala Lumpur. Jadi, jarak 10 minit lebih dekat. Ofis sekarang ni lebih canggih dengan kelengkapan pejabat yang baru dan sangat sesuai dengan status sebagai Supplier & Contractor, oil and gas industries. Sebenarnya Managing Director syarikat ni kawan abg yang abg kenal masa kerja di Brunei dulu. Masa abg tinggal di Kuala Belait dulu, En Zamsari dan isterinya Zulzila sama-sama tinggal di Kuala Belait. Kami bertugas di syarikat berasingan tetapi kedua-dua syarikat tu ada persamaan. Kedua-duanya merupakan samada kontrektor atau syarikat pembekal kepada Brunei Shell Petroleum Company. Memandangkan kami sama-sama datang dari Malaysia dan bekerja di Kuala Belait, kami berkawan baik dan masing-masing anggap sebagai keluarga.

Syarikat tempat kerja abg ni bolehlah dianggap satu syarikat yang berjaya di bidang oil and gas. Kami merupakan wakil kepada beberapa jenama produk yang sering digunakan di dalam industri gas dan minyak seperti Sabre, Dublok, MTE BV, Nuflo, Barton, Mitchel, PAS, BW, McCROMETER, ICS TRIPLEX, Kevin, MTR, ESI dan banyak lagi. Baru-baru ni kami didatangi Prinsipal dari Sabre, United Kingdom. Mat Selleh tu sangat impress dengan syarikat kami.Kiri sekali tu En Zamsari (MD kami), Mat Salleh sebelah dia tu Peter Veitch, Financial Director, Sabre UK dan wanita sebelah abg tu ialah Puan Zulzila, isteri En Zamsari juga Pengarah Syarikat kami.

Wednesday, February 11, 2009

Uya masuk MRSM Alor Gajah


Hari Selasa bersamaan 10hb Februari 2009, Uya (Nurul Hazirah) telah mendaftar di Maktab Rendah Sains Mara, Alor Gajah. Kami keluar rumah sekitar 7.30 pagi melalui Lebuhraya Plus arah ke Selatan. Masuk melalui Tol Nilai dan keluar Tol Simpang Ampat. Dari Tol Simpang Ampat, cuma sekitar 10 km ke MRSM Alor Gajah yang terletak di Kg Pa' Abas. Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam dari rumah, jaraknya cuma +- 70 km.

MRSM Alor Gajah ni merupakan MRSM yang baru, mula menerima pelajar pada tahun 2007. Uya merupakan pengambilan pelajar tahun ketiga. Pencapaian MRSM ni boleh tahan jugak. Walaupun result SPM belum keluar lg, lebih 50 pelajarnya dah pun belajar di University. Kebanyakannya join Program Ekpress Mara UTM di Sekudai, macam program yang diikuti oleh Izah.












Kami sampai MRSM AG sekitar jam 8.30 pagi, orang dah ramai yg berpusu-pusu mendaftar. Proses pendaftaran berakhir jam 11.30 pagi dan diikuti oleh sessi taklimat oleh Tuan Pengetua Maktab. Taklimat ni sgt panjang. Dia mula bercakap jam 11.50 pagi sampai habis jam 12.50 tghari. Dari taklimat yang diberikan, rasa-rasanya Uya sangat beruntung ditempatkan di sini sebab selain belajar utk lulus cedmerlang dlm SPM, MRSM Alor Gajah merupakan 3 MRSM yang menjalankan pilot project di mana Kemahiran Insaniah (softskill) di masukkan di dalam sukatan pelajaran selain Kemahiran Akademik dan Kemahiran Ko-Kurikulum. Kemahiran Insaniah ini mengajar pelajar kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, berunding, berfikir, menyelesaikan masalah dan lain-lain skil yang releven dengan kehidupan sebagai seorang insan yang berjaya.

Setelah tamat taklimat, Uya telah ditemukan dengan Homeroom (guru penasihat= macam ayah angkatla), Ustaz Murad Abd Razak. Selepas tu kami pun masuk asrama Uya dan berkemas. Ada beberapa keperluan yang tak cukup untuk Uya dan kami telah pergi ke Pekan Masjid Tanah untuk membeli belah dan makan tengahari. Lepas selesai di Pekan Masjid Tanah, kami hantar Uya balik ke asrama dan kami balik jam 5 petang.

Sepanjang proses pendaftaran di MRSM Alor Gajah, orang yang paling sibuk ialah Ali. Kat mana-manapun dia akan menonjolkan diri. Tengoklah gambar-gambar dia.

Wednesday, January 28, 2009

KERETA ACIK PYAN HILANG.............DAH JUMPA BALIK..

Pada tarikh 12/1/09 kereta savvy milik Acik Pyan didapati lesap dari tempat parking kat kepong (rumah sewa). report balai dah buat. borang insurans dah hantar. sekarang ni tgh memikir nak beli keta apa la lepas ni. ingat nak beli sedan tapi x tau la apa lagi. byk sangat calon2 yg hantar borang. so relax dulu lah jap sementara tunggu setel insurans. ambik masa 3-6 bulan lah.



tapi kan...



pada pagi 26/1/09 kami dapat panggilan telefon dari pegawai lebuh raya sprint mengatakan kereta Cik Pyan dijumpai tersadai di tepi highway SPRINT dah 4 hari. kereta terbabit dgn kemalangan. cedera teruk juga la.

Hari ni 28/1 Acik Pyan g balai tgk keta. mmg teruk. barang2 dalam clear giler. apa yg diorg boleh rembat semua licin. tempat letak syiling xd, cd2 xd, payung ke kasut acik nana (kawin, tunang, kerja) lesap gak. dalam boot belakang pun licin. keta tu mungkin langgar divider. depan teruk, lampu depan pecah, alarm xleh pakai. tapi risau keta tu org guna untuk merompak / samun. sebab byk barang bahaya ada dalam tu macam hammer la pisau la. Aduhai. byk lagi masalah rupanya.