.jpg)
Post ni mungkin dah basi tapi untuk record purposes, anggaplah post ini sebagai baru. Sebenarnya abg dah dapat tempat kerja yang lebih baik di Sedia Teguh Sdn Bhd sebagai Senior Operation Manager in charge portfolio Accounts & Finance, Human Resource dan Business Operation. Abg mula kerja di sini pada 15hb Januari 2009. Masa started dulu ofis kami di Seri Gombak. Sebelum kerja kat sini abg kerja di TaiAce Engineering Sdn Bhd di Nilai. Jadi jarak dari rumah abg tak la jauh sangat. Keluar jam 8.10 pg sampai ofis jam 8.30 pagi. Sekarang, kena keluar jam 7.00 pg, sampai ofis sekitar jam 8.15 pagi. Tapi sekarang ofis abg dah berpindah ke Wangsamaju, Kuala Lumpur. Jadi, jarak 10 minit lebih dekat.
.jpg)
Syarikat tempat kerja abg ni bolehlah dianggap satu syarikat yang berjaya di bidang oil and gas. Kami merupakan wakil kepada beberapa jenama produk yang sering digunakan di dalam industri gas dan minyak seperti Sabre, Dublok, MTE BV, Nuflo, Barton, Mitchel, PAS, BW, McCROMETER, ICS TRIPLEX, Kevin, MTR, ESI dan banyak lagi. Baru-baru ni kami didatangi Prinsipal dari Sabre, United Kingdom. Mat Selleh tu sangat impress dengan syarikat kami.

1 comment:
Macam best jer kerja kat sini. Abang kira ok kuar pukul 7. Aku 6.30 pagi dah keluar pi kerja sebab masuk kerja kul 7.45. Kalau lewat sikit jem dan punch card merah. Rugi elaun 15 hengget.
Post a Comment