Tuesday, June 2, 2009

Seharian di Miri.

Miri Airport, Macam KLIA kan?

Hari ni abg ada tugasan di Miri. Jam 6.00 pagi dah bertolak dari rumah. Kak Zai memang tak dapat hantar abg ke LCCT so abg guna khidmat jiran yang memang kerja dia buat airport transfer. Sampai je kat LCCT tepat jam 6.45 dan terus check in. LCCT dah berubah, tak macam 24 March 2006, tarikh terakhir abg meninggalkan Miri masa abg balik dari Brunei yang terakhir. Dulu nampak 2-3 aeroplanes sahaja. Sekarang dah berlambak-lambak. Mula2 macam kera masuk kampong, tak tahu macam mana nak check-in. Tengok orang buat, baru otak berjalan apa nak buat. Sampai kat Miri jam 9.50 pagi. Dah kenala pulak go through pemereksaan kesihatan kes H1N1.

Fly-over Bulatan Padang Kerbau

Miri dah banyak berubah setelah abg tinggalkan Miri 3-4 lalu. Sekarang dah ada sekurang2nya 5 bangunan tinggi. Dulu cuma ada 2 yakni Hotel Mega dan Menara Pelita. Dulu takde fly over. Sekarang dah ada 2. Satu di Bulatan Padang Kerbau dan satu lagi di tengah-tengah bandar.

Sebenarnya tujuan abg ke Miri adalah untuk membuka cawangan kami di Miri. Di airport, abg dijemput oleh Sdr Jeffry, pekerja kami yang bakal bersama syarikat pertengahan Julai nanti. Matlamat utama abg ialah untuk menyewa ruang pejabat. Korang tahu setibanya di Miri, abg minta dibawa sarapan mee kolok, makanan yang abg rindu sekian lama sebab mee kolok ni takde kat Semenanjung. Abg juga berkesempatan singgah kat Restoran Fairus, restoran kawan lama abg sejak kerja di Maybank dulu. Dia ni mamak dari India., nama dia Hassan tapi kat Miri dikenali dengan nama baru Fairus. Dulu ada gerai di belakang Bangkok Bank yang terkenal dengan Briyani Ayam Goring. Dia ni mengingatkan nostalgia abg bekerja di Maybank Jalan Bandar dulu. Sempat juga abg pekena beriyani kambing.

Tingkat satu, kat sini pejabat cawangan Miri.

Abg buat keputusan untuk menyewa ruang pejabat di Piasau Business Park dengan sewa bulanan sebanyak RM350. Bilik yang abg sewa tu boleh memuatkan 2 meja. Biliknya dah siap dengan karpet, kami cuma perlu pasang air-cond dan isi peralatan pejabat. Faktor utama abg pilih tempat ni sebab ada beberapa syarikat perunding yang pejabat mwereka ditempatkan berhampiran pejabat kami yang baru abg sewa. Ada MMC, ada juga RNZ dan pejabat Shell Engineering Centre SSB dan Sabah Shell juga berhampiran. Senang lah kami untuk berurusan dengan mereka.

Bangunan Engineering Centre untuk Sarawak Shell dan Sabah Shell

Posting ni abg buat di Miri Airport, kat Hotdog 1901 stall tapi guna WIFI Starbuck, menunggu waktu nak chek-in. Flight abg akan bertolak jam 8.45 malam. Sekitar 1 jam 50 minit dari sekarang. Bateri laptop pun dah tenat. Terpaksalah abg cari port lain untuk charge laptop.
Hotdog 1901 Stall @ Miri Airport

No comments: