Sunday, June 7, 2009

Projek Pejabat Cawangan Kertih-Hari Pertama

Hari ni (Sabtu 6hb Jun) abg ada satu lagi task yang abg kena selesaikan. Abg kena buka satu lagi cawangan syarikat di Kertih atau Paka, Terengganu. Cadangnya nak pergi satu keluarga tetapi memandangkan Kak Zai ada banyak urusan taska yang harus dibereskan, plan tu dibatalkan. Sebenarnya Kak Zai risau abg pergi sorang2.

Sebelum bertolak, abg servis dulu kereta Naza Suria. Tukar minyak enjin, oil filter dan check semua keperluan asas seperti minyak brek, air , air bateri dsb. Abg bertolak jam 1.00 tengahari dari Nilai.

Plan abg, singgah bermalam di Kuantan rumah adik Kak Zai, Rotonor. Nama dia ni bunyi pelek sikit. Dulu masa dia lahir, Rudy Hartono jaguh badminton Indonesia sangat famous. So, aruah Chik (bapa mertua abg) namakan dia Rotonor sempena nama jaguh badminton Indonesia tu.

Untuk ke Kertih/Paka abg akan gunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Inilah pengalaman pertama abg melalui Lebuhraya ini. Lebuhraya Karak merupakan fasa pertama LPT, fasa kedua dari Karak ke Kuantan dan fasa ketiga dari Kuantan ke Terengganu. Fasa ketiga ni masih dalam pembinaan. Persinggahan pertama abg ialah R&R Temerloh. Harini. Kebetulan hari Sabtu juga hari cuti sekolah. Sungguh ramai yang menggunakan Lebuhraya ini, kemungkinan besar pulang ke kampong di Pantai Timur menghadiri kenduri kahwin atau bercuti bersama keluarga. Salah satu sebab abg pergi sendiri adalah disebabkan takde hotel atau chalet yang available. Semuanya fullybooked.
Toll Pertama selepas Karak

R&R Temerloh, tak secantik R&R Plus

Kat R&R Temerloh, abg selesaikan solat jamak zohor dan asar dan makan tengahari. Abg took very light lunch, 1 bungkus nasi lemak (RM1.50) dan Kopi O (80 sen). Tadi pagi dah kena sarapan nasi belauk gulai kelantan kepala ikan tongkol, so sengaja tak nak ambik heavy lunch walaupun panggilan ikan patin masak tempoyak sangat tempting. Nanti kalau ambil heavy lunch takut mengantok. Dahla abg sorang2 driving.

Nasi Lemak Kopi 'O'



Dengan average 100km/hour +/-, abg melalui pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan.Dari toll Karak dan keluar di toll Jabor mengambil masa 2 jam dengan bayaran toll sebanyak RM21.00. Sampai di Jabor, Rotonor ambil abg kat depan Balai Bomba Gebeng. Mula2 kami makan malam (awal) di Gebeng sebab dia kena masuk kerja jam 7.00 malam. Kami makan masakan panas. Lepas makan Rotonor bawa abg ke rumah dia di Taman Cahaya berhadapan Pantai Balok.


Isteri dan anak2 dia balik kampong di Kelantan. So, abg tidor sorang2 malam tu. Keadaan malam tu sangat panas dan banyak nyamok. Tidor memang tak nyenyak tapi managed bangun solat subuh sekitar jam 6.00 pagi.
Rumah Rotonor.


No comments: