Monday, June 8, 2009

Projek Pejabat Cawangan Kertih-Hari Kedua

Kami sarapan di sini

Harini Ahad 7hb Jun abg bertolak dari Gebeng, Kuantan jam 8.30pagi. Abg ditemani Rotonor yang bercuti harini (Ahad). Kami berhenti untuk sarapan somewhere after Cherating.Appointment sekitar jam 11.00 pagi. Lepas siap sarapan kami teruskan perjalanan ke Paka. Sampai di Paka sekitar jam 10.30pagi. Abg pun call En Nasrul, Sales Engineer cum Kertih Branch Representative. Kami berjumpa di Maybank Paka dan terus ke tempat bangunan yang bakal kami sewa. Tempatnya quite stategik sebab sangat berhampiran dengan kilang2 berkaitan industri minyak dan gas seperti Loji TNB Paka, Petronas GPP-A, CUF Kerteh, Petronas Penapisan Terengganu, Petronas Carigali Onshore Gas Terminal, Ethylene Malaysia, loji Petronas VCM, Loji Petronas Ammonia, Loji Petrochem Petlin, Petrochem Optimal dan GPP-B (5&6) Santong.


Untuk berlaku adil dengan lokasi alternatif di Kertih, kami buat lawatan di tapak pejabat yang diuriskan oleh Perbadanan Iktisad Negeri Terengganu (Permint). Abg dapati bangunannya sudah usang dan banyak sudah ditinggalkan oleh penyewa kerana berpindah ke tempat yang lain yang lebih baik dari segi maintenance. So, abg bulatkan hati untuk memilih Paka sebagai lokasi pilihan.
Pejabat yang abg pilih untuk disewa

Setelah membuat perbincangan rengkas dengan En Nasrul di salah satu Kopitiam di Paka, kami meninggalkan Paka sekitar jam 2.00 tengahari. Masa abg buat perbincangan dengan En Nasrul tadi, Rotonor membuta di dalam kereta dan abg sempat ambik gambar dia tanpa kepala.


Destinasi seterusnya ialah Kemaman. Nak jumpa sedara lain ayah dan lain ibu (adik beradik anjing) yang kami panggil Abe (Abang) atau nama sebenarnya Zawiyah. Singgah di rumahnya di Bandar Chukai disambut oleh suaminya Hj Bakri. Seorang yang cukup simple dan merendah diri. Membahasakan dirinya sebagai Bakri kami berbual bual mengenai hal keluarga. Bakri dan Abe ni sangat bernasib baik kalau kita tengok dari perspektif kewangan. Kereta ada beberapa buah termasuk Mercedez, CRV dsb. Rumahnya pergh...ten go saja gambar yang abg ambil. Punya kedai masakan panas ala Thai dengan average sales of 1800-2000 daily. Selepas makan tengahari, kami teruskan perjalanan balik ke Kuantan.

Luar nampak simple tapi di dalam macam kedai perabut jati.

Kalau dah sampai Kemaman, tak sah kalau tak beli kepok (keropok) lekor. Pusing keliling di Kuala Kemaman, kami singgah di Gerai Satar dan Otak2 Kemaman. Pergh....ramainya orang beratur untuk membeli samada makan di sana atau take away. Tak sanggup abg nak tunggu, so abg cuma ambik gambar untuk korang tengok. Mana tau suatui hari nanti kalau ada ke sana boleh masukkan makan satar ikan dan otak2 Kemaman di sana.

Inilah dia SATAR

Tengokla betapa ramainya pelanggan kat sini

Tengah membungkus otak2 guna daun
kelapa berlatar-belakangkan pelanggan
yang sedang menikmati hidangan otak2 dan satar

Brother ni sedang membakar otak2

Abg beli RM10.00 kepok lekor dan 1 bungkus keropok keping (RM5.00) tak boleh tawar mlangsung sebab terlalu ramai orang datang membeli dan tawkey kedai apalagi JUAL MAHAL LA.

Sampai rumah Rotonor sekitar jam 5.00 petang, abg selesaikan solat jamak takhir zohor dan solat qasar asar dan bertolak balik melalui LPT seorang diri. Memulakan perjalanan melewati Plaza Toll Jabor sekitar jam 5.30 ptg. Masa tu abg terasa mengantok sangat dan singgah di R&R Maran dan beli setin Red Bull. Mengantuk abg berkurangan dengan izin Allah dan bukan Red Bull tu. Ia cuma asbab hilangnya mengantuk abg. Dalam perjalanan tu abg ada kesempatan untuk call emak Tg Karang. Kami berborak beberapa minit. Panggilan itu merupakan panggilan mingguan yang abg wajibkan kepada diri abg. Abg make sure abg call emak bertanyakan khabar seminggu sekali dan biasanya hari Ahad.

Kesedaran orang ramai tentang solat semakin baik

R&R Temerloh

Abg sampai di R&R Temerloh sekitar jam 7.30 malam. Setelah siap solat Maghrib dan Jamak Takdim/Qasar Isyak, abg makan di sana. Tersangatlah ramainya orang singgah di sini. Kali ini abg nak cuba makan nasi berlaukkan ikan patin buah masak tempoyak. Temerloh merupakan bandar ikan patin di Malaysia. Korang tahu berapa abg kena RM? Nasi setengah dan sepotong ikan patin buah masak gulai tempoyak berharga RM12.60 sen sahaja. Boleh tahanla masakannya. Lain kali nak cuba ikan Kelai masak lemak pulak. Harganya sepotong cuma RM9.00.

Siap letak tanda harga supaya pelanggan tak terkejut bila membayar.

Bermula dari R&R Temerloh, jalan dan mula jammed. Masa ni bateri hp abg dah flat. Ada sms dari Kak Zai bertanyakan abg kat mana tak dapat abg jawab. Abg tau dia risaukan abg. Sampai di simpang ke Bentong, makin jemmed giler, sampailah ke Plaza Toll Gombak. Dalam situasi begitu, abg cukup stress (tertekan), sampaikan kaki kiri abg macam nak kaku (numb). Dalam perjalanan tu abg berdoa kepada Allah agar abg diberi kekuatan untuk melalui situasi tersebut dengan sabar dan tenang. Doa abg dimakbulkan. Abg selamat sampai di Nilai jam 12.30 pagi. Speedo meter abg merekodkan perjalanan sebanyak 870km pulang dan balik dengan bayaran toll melebihi RM63.00.

No comments: