Monday, June 8, 2009

Hari ini Birthday Nana dan Nani

Pagi tadi kat kedai,Zura belikan Acik Nani kek Chocolate Moist. Malam acik Nani pulak beli kek (takde orang nak sponsor huhuhu :( ). Acik Nani beli kat Tesco Kuala Selangor King's Confectionary. Sedap jugak. lainlah sikit daripada kek Tanjung Karang. Dah jemulah kek Tanjung Karang. Malamni, sama-sama meraikan sambutan hari lahir ialah keluarga Abang Alang, keluarga Kak Azie, Angah, Uda, nenek dan Atuk. Selain hidangan kek, ada nugget ABC ditaja Acik Azie dan air kosong. Pencuci mulut strawberi sponsored by Angah Lezah.

Pagi tadi dapat hadiah, daripada Australia lagik. Dapatlah T-shirt Australia. Terima kasih Angah. Orang lain tak nak beri hadiah ker?

Untuk Nana, selamat hari jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. amin.

Sunday, June 7, 2009

Projek Pejabat Cawangan Kertih-Hari Pertama

Hari ni (Sabtu 6hb Jun) abg ada satu lagi task yang abg kena selesaikan. Abg kena buka satu lagi cawangan syarikat di Kertih atau Paka, Terengganu. Cadangnya nak pergi satu keluarga tetapi memandangkan Kak Zai ada banyak urusan taska yang harus dibereskan, plan tu dibatalkan. Sebenarnya Kak Zai risau abg pergi sorang2.

Sebelum bertolak, abg servis dulu kereta Naza Suria. Tukar minyak enjin, oil filter dan check semua keperluan asas seperti minyak brek, air , air bateri dsb. Abg bertolak jam 1.00 tengahari dari Nilai.

Plan abg, singgah bermalam di Kuantan rumah adik Kak Zai, Rotonor. Nama dia ni bunyi pelek sikit. Dulu masa dia lahir, Rudy Hartono jaguh badminton Indonesia sangat famous. So, aruah Chik (bapa mertua abg) namakan dia Rotonor sempena nama jaguh badminton Indonesia tu.

Untuk ke Kertih/Paka abg akan gunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Inilah pengalaman pertama abg melalui Lebuhraya ini. Lebuhraya Karak merupakan fasa pertama LPT, fasa kedua dari Karak ke Kuantan dan fasa ketiga dari Kuantan ke Terengganu. Fasa ketiga ni masih dalam pembinaan. Persinggahan pertama abg ialah R&R Temerloh. Harini. Kebetulan hari Sabtu juga hari cuti sekolah. Sungguh ramai yang menggunakan Lebuhraya ini, kemungkinan besar pulang ke kampong di Pantai Timur menghadiri kenduri kahwin atau bercuti bersama keluarga. Salah satu sebab abg pergi sendiri adalah disebabkan takde hotel atau chalet yang available. Semuanya fullybooked.
Toll Pertama selepas Karak

R&R Temerloh, tak secantik R&R Plus

Kat R&R Temerloh, abg selesaikan solat jamak zohor dan asar dan makan tengahari. Abg took very light lunch, 1 bungkus nasi lemak (RM1.50) dan Kopi O (80 sen). Tadi pagi dah kena sarapan nasi belauk gulai kelantan kepala ikan tongkol, so sengaja tak nak ambik heavy lunch walaupun panggilan ikan patin masak tempoyak sangat tempting. Nanti kalau ambil heavy lunch takut mengantok. Dahla abg sorang2 driving.

Nasi Lemak Kopi 'O'



Dengan average 100km/hour +/-, abg melalui pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan.Dari toll Karak dan keluar di toll Jabor mengambil masa 2 jam dengan bayaran toll sebanyak RM21.00. Sampai di Jabor, Rotonor ambil abg kat depan Balai Bomba Gebeng. Mula2 kami makan malam (awal) di Gebeng sebab dia kena masuk kerja jam 7.00 malam. Kami makan masakan panas. Lepas makan Rotonor bawa abg ke rumah dia di Taman Cahaya berhadapan Pantai Balok.


Isteri dan anak2 dia balik kampong di Kelantan. So, abg tidor sorang2 malam tu. Keadaan malam tu sangat panas dan banyak nyamok. Tidor memang tak nyenyak tapi managed bangun solat subuh sekitar jam 6.00 pagi.
Rumah Rotonor.


Thursday, June 4, 2009

Pemandangan dari Tingkat 40 Menara Petronas

Menara Kuala Lumpur, Menara Maaybank
dan bangunan sekitarnya.


Bangunan Bank Simpanan di Jalan Ampang

Menara Public Bank nampak kecik jer bila
dibandingkan dengan Menara Berkembar Petronas.

Harini abg meeting di Petronas kat Tingkat 40 Menara Berkembar Petronas. Kami ada running contract untuk 1+2 tahun dengan Petronas Dagangan Berhad menyediakan Perisian Komputer untuk penghantaran bekalan minyak untuk Stesyen Petronas di seluruh Semenanjung. Inilah peluang kedua untuk abg ke sini. Kali pertama dulu tak terfikir nak cilok gambar dari Tingkat atas.

Tuesday, June 2, 2009

Seharian di Miri.

Miri Airport, Macam KLIA kan?

Hari ni abg ada tugasan di Miri. Jam 6.00 pagi dah bertolak dari rumah. Kak Zai memang tak dapat hantar abg ke LCCT so abg guna khidmat jiran yang memang kerja dia buat airport transfer. Sampai je kat LCCT tepat jam 6.45 dan terus check in. LCCT dah berubah, tak macam 24 March 2006, tarikh terakhir abg meninggalkan Miri masa abg balik dari Brunei yang terakhir. Dulu nampak 2-3 aeroplanes sahaja. Sekarang dah berlambak-lambak. Mula2 macam kera masuk kampong, tak tahu macam mana nak check-in. Tengok orang buat, baru otak berjalan apa nak buat. Sampai kat Miri jam 9.50 pagi. Dah kenala pulak go through pemereksaan kesihatan kes H1N1.

Fly-over Bulatan Padang Kerbau

Miri dah banyak berubah setelah abg tinggalkan Miri 3-4 lalu. Sekarang dah ada sekurang2nya 5 bangunan tinggi. Dulu cuma ada 2 yakni Hotel Mega dan Menara Pelita. Dulu takde fly over. Sekarang dah ada 2. Satu di Bulatan Padang Kerbau dan satu lagi di tengah-tengah bandar.

Sebenarnya tujuan abg ke Miri adalah untuk membuka cawangan kami di Miri. Di airport, abg dijemput oleh Sdr Jeffry, pekerja kami yang bakal bersama syarikat pertengahan Julai nanti. Matlamat utama abg ialah untuk menyewa ruang pejabat. Korang tahu setibanya di Miri, abg minta dibawa sarapan mee kolok, makanan yang abg rindu sekian lama sebab mee kolok ni takde kat Semenanjung. Abg juga berkesempatan singgah kat Restoran Fairus, restoran kawan lama abg sejak kerja di Maybank dulu. Dia ni mamak dari India., nama dia Hassan tapi kat Miri dikenali dengan nama baru Fairus. Dulu ada gerai di belakang Bangkok Bank yang terkenal dengan Briyani Ayam Goring. Dia ni mengingatkan nostalgia abg bekerja di Maybank Jalan Bandar dulu. Sempat juga abg pekena beriyani kambing.

Tingkat satu, kat sini pejabat cawangan Miri.

Abg buat keputusan untuk menyewa ruang pejabat di Piasau Business Park dengan sewa bulanan sebanyak RM350. Bilik yang abg sewa tu boleh memuatkan 2 meja. Biliknya dah siap dengan karpet, kami cuma perlu pasang air-cond dan isi peralatan pejabat. Faktor utama abg pilih tempat ni sebab ada beberapa syarikat perunding yang pejabat mwereka ditempatkan berhampiran pejabat kami yang baru abg sewa. Ada MMC, ada juga RNZ dan pejabat Shell Engineering Centre SSB dan Sabah Shell juga berhampiran. Senang lah kami untuk berurusan dengan mereka.

Bangunan Engineering Centre untuk Sarawak Shell dan Sabah Shell

Posting ni abg buat di Miri Airport, kat Hotdog 1901 stall tapi guna WIFI Starbuck, menunggu waktu nak chek-in. Flight abg akan bertolak jam 8.45 malam. Sekitar 1 jam 50 minit dari sekarang. Bateri laptop pun dah tenat. Terpaksalah abg cari port lain untuk charge laptop.
Hotdog 1901 Stall @ Miri Airport

Finally WSQ 84

Monday, June 1, 2009

Ahad kami sekeluarga.

Pagi ahad kami sekeluarga yakni abg, Kak Zai, Izzah, Ali dan Uya pergi ke pasar minggu. Ada dua matlamat kali ni. Beli keperluan taska dan keperluan untuk sarapan. Hari ni kami skip makan di rumah sebab ada jemputan makan nasi dagang di Rumah Mek Ros di Bandar baru Bangi, emak Mek Ros (cousin kak Zai) datang dari Kelantan. Adik beradik dia orang berkumpul kat sana. So dia orang masak nasi dagang dan ajak kami sekali. On the waay ke sana, kami singgah di Agen Proton di Bangi nak tengok kereta Proton Exora yang kami tempah dan tiba.

Berborak2 setelah pekena Nasi Dagang

Pemandangan dari Belakang (tanpa plate number)

Pemandangan dari depan (belum daftar lagi=ta plate number)

Sabtu di Alor Gajah

Hari ni abg kena ambil Uya untuk balik bercuti penggal pertama. At the same time, abg nak attend mesyuarat Muafakat (Pibg) MRSM Alor Gajah dan melawat Atie di Masjid Tanah. Kami bertolak jam 10.30 pagi dan sampai di MRSM sekitar jam 11.30pagi. Mesyuarat baru bermula. Bila dah dengan ucapan (pulaktu ada ucapan politik lagi) lama2 jadi boring. So kami decide keluar awal.


Kami sebenarnya tak nak menyusahkan Atie (bukan tak sudi), so kami makan siap2 di Pekan Masjid Tanah. Kami makan di Restoran Che Ahmad. Nama macam orang Kelantan tapi setelah diselidiki, tuanpunya restoran tu memang anak jati Melaka. Makan di situ memang sedap terutamanya Masak Ayam Pedasnya. Memang lain dari yang biasa rasanya. Abg siap tambah kuah asam pedas. Harga pun tak la mahal sangat. 4 orang makan cuma RM25.00 sahaja. Ramai gak pelajar MRSM yang lain bersama keljuarga makan di situ. Anak tuapunya restoran tu pun belajar di MRSM Alor Gajah. Dah siap makan, baru kami called Aizam dan Aizam guided us to his house.
Bila sampai kat rumah Atie, Atie hidangkan kami Spageti. Abag memang dah kenyang sebab makan di Pekan masjid Tanah tadi tapi untuk menghormati pelawaan tuan rumah, abg makan jugak la tapi dengan kuantiti yang sedikit. Sos spageti Atie tu boleh tahan sedak. So abg tambah beberapa kali (sosnya saja). Abg juga berkesempatan tour keliling rumah Aizam. Inilah hasil lawatan abg di sekeliling rumah bersama Ali.















Kak Zai sempat belajar dengan Wo0 (nenek sebutan orang Malaka) macam mana nak buat Asam Pedas Malaccan style.