Saturday, April 25, 2009

Jom reramai balik kampung 1 Mei ini.


Kita buat kenduri wadai kipeng, nak?

Friday, April 3, 2009

Growco International


Pada 9 Mac 2009 yang lalu, kami telah dilawati satu prinsipal baru dari Singapore. Syarikatnya diberi nama Growco International. Syarikat ni berpusat di Singapura. Yang datang tu ialah Pengarah Urusannya sendiri Mr Victor Chua. Beliau telah membuat presentation tentang syarikat dan produk yang dipasarkan. Quite interesting jugak la produk-produk yang diketengahkan. Sesuailah dengan aktiviti pemasaran syarikat kami yang menumpukan kepada Industri Minyak dan Gas, Petrokimia, Tenaga dan KerjaAir.

Apa yang menariknya sewaktu presentation itu ialah bila Abang bertanya Mr Victor Chua tu kenapa beriya-iya sangat nak lantik syarikat kami sebagai Business Partner (agen) mereka di Malaysia sedangkan banyak lagi syarikat-syarikat lain yang lebih gagah berbanding dengan kami. Syarikat kami ni baru beberapa tahun bertapak. Lagipun, banyak syarikat-syarikat Cina di Malaysia ni yang telah lama established. Jawapannya cukup simple. Rupanya dia pernah ada pengalaman buat satu projek kecil dengan En Zamsari (my boss) di Titan Chemical di Pasir Gudang dan bila ada problem dengan projek tu, En Zamsari sendiri turun ke Pasir Gudang dan selesaikan masalah tu. Masa tu, Mr Victor Chua tu ada kat sana dan tengok sendiri kegigihan En Zamsari menyelesaikan masalah tu. Dari situ, Mr Victor Chua telah terpikat dengan kegigihan beliau yang 'hands on' dan sebagai seorang muda yang mempunyai masa depan yang cerah.

Apa yang abg nak sampaikan di sini ialah kepentingan untuk kita develop satu skill yang lain dari yang lain. Itulah kelebihan boss abg, En Zamsari. Dia ni ada Xfactor yang orang suka dan nak buat business dengan dia.

Post terlewat sikit sebab gangguan urusan kerja yang bertambah ditambah dengan kehilangan laptop tempohari. Sekarang abg dah ada laptop baru jenis Dell vostro 1310 siap dengan built-in camera, wifi dan Bluetooth. Masalahnya abg masih tak tahu nak guna Bluetooth untuk tranfer gambar dari handphone abg ke laptop abg.

Wednesday, April 1, 2009

Kami kini diakui sebagai syarikat berstatus ISO 9001:2000.



Pada 18 March 2009, syarikat kami telah dianugerahkan status ISO 9001:2000 oleh Independent European Certification (IEC). Sempena penganugerahan tersebut suatu majlis makan malam telah diadakan di Look Out Point Restaurant and Cafe, Kompleks Pelancongan Menara Tinjau di Bukit Ampang pada Isnin 30hb Mac yang lalu sebagai tande terima kasih Pengurusan kepada semua kakitangan kerana penglibatan merekalah syarikat telah ditauliahkan ISO 9001:2000.





Untuk pengetahuan korang semua, restoren tersebut menyediakan makanan western. Bagus jugak la food yang dihidangkan. Abang makan lamb combo dengan black pepper sauce. Lamb combo ni disediakan bersama udang, slice chicken dan fish fillet. Makan di restoren tersebut seolah-olah makan di dalam kapal terbang sebab kita boleh nampak pemandangan malam di Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di atas bukit pada ketinggian 10,000 pada paras laut. Kita boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam yang cantik begemerlapan dengan jelas. Boleh nampak KLCC dan Menara KL dengan jelas.

Masa kami makan tu datang segerombolan pelawat yang bila abang amat-amati rupanya geng2 Mr Os dan Shamsul Ghau Ghau. Mungkin balik dari shooting program tv9 kot.

Friday, March 20, 2009

What a sad story

Hari ni, syarikat kami tidak bernasib baik. Semasa abg dan beberapa pekerja Islam pergi menunaikan solat Jumaat pekerja wanita telah ditipu oleh 2 orang berbangsa India menyamar sebagai pemasang carpet, datang kononnya untuk memereksa carpet baru kami. Kalau dah nak kena tipu tu langsung tak perasan yang orang yang datang tu memang tak pernah ada hubungan perniagaan dengan kami dan tak pernah disuruh datangpun. Yang lagi sedih tu, boleh lagi kami tunaikan permintaan dia orang untuk kosongkan pejabat sebab bau asid yang disembur pada carpet tu yang sangat kuat dan takut membahayakan. Akhirnya, masa itulah dia orang ambil kesempatan untuk cari barang berharga di pejabat dan 4 buah laptop yang sarat dengan data-data yang sangat berharga hilang termasuklan laptop abg yang baru berusia 3 hari.

Ambillah pengajaran dari kesilapan kami ini.
Kesilapan kami: Membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki pejabat dan memberikan mereka kebenaran untuk membuat kerja tanpa perlu diperhatikan.

Sunday, March 15, 2009

!'st Assignment!


Semalam angah dapat satu projek, jadi jurufoto untuk satu majlis tunang. Best jugak. Boleh dapat duit tambahan. Angah charge dia RM300 untuk pakej 72 keping gambar 4R dan 4 keping 8R., Sebuah album dan CD. Kira ok tak? Angah rasa untuk projek pertama kira oklah harga itu. Angah buat editing dan sedikit design. Banyak yang nak kena belajar lagi. Nasib baik ada pengalaman buat majalah dengan Photoshop. Kira membantu jugaklah.

Friday, March 13, 2009

Banyak Alhamdulillah di sini


Bulan lepas dan bulan ni banyak perkara positif berlaku sejak abg kerja di Sedia Teguh Sdn Bhd. Pada hari jadi abg yg ke 51 (23Feb 2009) abg dihantar untuk mendalami accounting package MYOB selama 2 hari di Megan Phileo Allied di Jalan Yap Kwan Seng. Awal bulan tadi kami pindahkan saki baki barang-barang di ofis lama ke ofis baru di Wangsa Maju.


Minggu lepas kami ada tetamu En Calvin dari MTR Inc dari USA. Dia ni sebenarnya rakyat Malaysia yang telah bermastautin di USA.










Semalam, kami dikunjungi seorang lagi Principal dari India iaitu Mr Vikas Anand dari Bliss Anand Private Ltd. Orangnya baru berumur 38 tahun tetapi sudah menerajui satu perniagaan besar bersangkut-paut dengan Kejuruteraan Minyak dan Gas yang ditubuhkan oleh ayah beliau sendiri. Kini beliau merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan ayah beliau menjadi Penasihat syarikat.

Minggu hadapan kami akan dikunjungi seorang lagi Principal, Mr Victor Chuah dari Growco International.

Friday, February 13, 2009

Senyumanku di Pulau Pangkor





Kali ni angah pergi dengan Uda, Acik Nani, Zahid dan Nabilah jer. kami pergi masa Tahun Baru Cina hari Rabu. kebetulan masih cuti sekolah so ada lah peluang angah jalan-jalan perabih duit . hahaha saja nak cuti dan releks sikit. Cuti sekolah dulu tak dapat bercuti. Dengar cerita kump yang pergi dulu tu, macam best saja gi Pangkor ni, tu yang teruja nak pergi.

Memang seronok jugalah pergi ke sana. Duduk kat tempat derang duduk dulu gak. Best kat sini. ada WIFI. Boleh tenet selalu. hahaha. Kami sampai lebih kurang kul 12.00 tengah hari. makan kat pantai makanan yang kami bawak dari Tg Karang. Pagi-pagi lagi emak dah masak. Bukan angah suruh tau, Angah bangun belum pukul 6 lagi nak masak, tengok-tengok emak dah siapkan. alah, masak nasik ngan ayam masak salleh jerk. pastu bawak salad dan timun. Sedap makan kat tepi laut!

Petang jalan-jalan kat tepi pantai. Petang sikit bagi makan enggang yang bebas terbang tu. Pengalaman menarik juga.

Malam, jenjalan kat tepi pantai dan lepak kat bilik. TEnet lah apa lagi. Esoknya kami pergi snorkelling dan naik bot. Lama tak snorkelling. Seronok jugak tengok ikan. Cadang nak stay satu malam lagi, tapi emak tak bagi lah pulak. So balik dari snorlelling, kami pack dan balik kampung. Selamat tinggal Pulau Pangkor. Nanti kami datang lagi. hehhee syahir dah jeles dan ajak ayah dia pergi bulan tiga nanti. Jadi ker nak pergi?