Thursday, April 30, 2009

Uya Pulang Bermalam


Hari Khamis, abg cuti setengah hari sebab nak ambil Uya kat MRSM Alor Gajah. Keluar dari ofis jam 2.1s ptg , terlambat sikit sebab tersangkut dgn im promto discussion dgn boss abg. Bermula dari MRR2 sesak yg amat (ingatkan masa2 macam tu tak la jam), abg pun decide ikut Jalan PLUS. Mula2 dah plan nak pergi Jalan Tanpa Toll dari Nilai tetapi memandangkan abg dah lambat, abg terus guna jalan PLUS ke Simpang Ampat (Tampin). Dalam otak abg, abg kena sampai sebelum jam 4 ptg di MRSM Alor Gajah (ini yang diberitahu oleh Kak Zai), so abgpun macam biasalah, pecut 120-140km all the way to AG. Sampai kat MRSM tepat jam 4 ptg. Jumpa pak guard nak masuk tak dibenarkan. Rupa2nya hanya boleh ambil anak selepas jam 4.30 ptg. Nak tunggu 30 minit tu abgpun pergi Gerai kat Simpang 3 Kg Padang Kambing (tempat kami biasa beli pisang goreng)pekena Nasi Goreng Kampong dengan Kopi O (minuman kegemaran abg sekarang ini). 2 menu ni berharga RM3.60. Sangat murah.




Tepat jam 4.30ptg, gate pun dibukak. Jam la pulak kat pintu masuk MRSM AG tu sebab terlalu banyak kereta yang packed menunggu kat luar pintu Gate. Abg pun masuk dan park kereta berhampiran dgn Surau. Buat solat Jamak takhir/Qasar Zohor dan Asar dan buat Public Announcement melalui PA system di Surau. Urusan dengan Uya selesau sekitar jam 5.15 dan kami pun bertolak balik. Kali ni abg dah nekad nak balik ikut jalam tanpa toll ke Nilai. So perjalanan balik bermula dari Gerai Simpang 3, Kg Padang Kambing. Kalau biasanya kami ikut kanak nak ke Lebuhraya Plus, tapi kali ini kami ikut kiri arah ke Brisu, Lubuk Cina, Linggi, Rantau, Seremban dan seterusnya Nilai. Uya jadi jurupandu arah dari peta yang abg dah print dari Google Map. Mula2 tu ada sedikit cemas sebab pertama kali nak lalu jalan tu dan minyak pun dah keluar warning sign. Jalan punya jalan, abg terjumpa Medan Selara Lubuk Cina. Tempat tu abg pernah lalui masa hantar pengantin Ati 2-3 tahun lalu. So keyakinan abg bertambah. Sampai kat Rantau, jumpa Stesyen Petronas. Abg isi minyak dan Uya solat asar (tadi kat MRSM lupa nak solat sebab jumpa papa dia yang tersayang kot).


Di antara Rantau dan Seremban, abg tersalah belok ke kiri dan sesat ke satu kg pendalaman. Pastu after 3 km, abg patah balik. Akhirnya kami sampai jugak Kg Mambau salah satu simpang nak ke Labu Sendayan yang merupakan critical point nak ke Nilai melalui jalan tanpa toll tu (ikut Google Map yg abg print). On the way tu nampakla projek pembangunan yg sedang rancak dijalankan di Labu Sendayan. Pusing punya pusing, Uya pun tertidur (boring jalan lama kot). Akhirnya kami pun sampai di rumah jam 7.30 ptg. Suatu pengalaman yang cukup menyeronokkan bagi seorang pemandu yang mencintai pemandangan alam semulajadi. Takla terkuap-kuap mengantuk kalau ikut lebuhraya yang monotonous dan tak mencabar tu. But one thing yang abg lupa, nak ambik gambar. Lain kali kot.

No comments: