Friday, April 3, 2009

Growco International


Pada 9 Mac 2009 yang lalu, kami telah dilawati satu prinsipal baru dari Singapore. Syarikatnya diberi nama Growco International. Syarikat ni berpusat di Singapura. Yang datang tu ialah Pengarah Urusannya sendiri Mr Victor Chua. Beliau telah membuat presentation tentang syarikat dan produk yang dipasarkan. Quite interesting jugak la produk-produk yang diketengahkan. Sesuailah dengan aktiviti pemasaran syarikat kami yang menumpukan kepada Industri Minyak dan Gas, Petrokimia, Tenaga dan KerjaAir.

Apa yang menariknya sewaktu presentation itu ialah bila Abang bertanya Mr Victor Chua tu kenapa beriya-iya sangat nak lantik syarikat kami sebagai Business Partner (agen) mereka di Malaysia sedangkan banyak lagi syarikat-syarikat lain yang lebih gagah berbanding dengan kami. Syarikat kami ni baru beberapa tahun bertapak. Lagipun, banyak syarikat-syarikat Cina di Malaysia ni yang telah lama established. Jawapannya cukup simple. Rupanya dia pernah ada pengalaman buat satu projek kecil dengan En Zamsari (my boss) di Titan Chemical di Pasir Gudang dan bila ada problem dengan projek tu, En Zamsari sendiri turun ke Pasir Gudang dan selesaikan masalah tu. Masa tu, Mr Victor Chua tu ada kat sana dan tengok sendiri kegigihan En Zamsari menyelesaikan masalah tu. Dari situ, Mr Victor Chua telah terpikat dengan kegigihan beliau yang 'hands on' dan sebagai seorang muda yang mempunyai masa depan yang cerah.

Apa yang abg nak sampaikan di sini ialah kepentingan untuk kita develop satu skill yang lain dari yang lain. Itulah kelebihan boss abg, En Zamsari. Dia ni ada Xfactor yang orang suka dan nak buat business dengan dia.

Post terlewat sikit sebab gangguan urusan kerja yang bertambah ditambah dengan kehilangan laptop tempohari. Sekarang abg dah ada laptop baru jenis Dell vostro 1310 siap dengan built-in camera, wifi dan Bluetooth. Masalahnya abg masih tak tahu nak guna Bluetooth untuk tranfer gambar dari handphone abg ke laptop abg.

No comments: