Sunday, November 15, 2009

Family Day - Confirmed

Angah telah buat booking bilik dan dinner. 3 bilik superior RM180 dan 5 bilik Delux Rm22o seperti yang dinyatakan dalam posting terdahulu. Harga dinner ialah RM30 untuk 12 tahun dan ke atas manakala untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke atas harganya RM15.00. Untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah, percuma.

Oh ya, harga bilik termasuk breakfast untuk 2 orang saja. Jadi yang lain tu kenalah buat bayaran sendiri. Dewasa RM15 dan kanak-kanak 6 -11 tahun RM8.00. Kalau taknak bayar, bawaklah breakfast sendiri, roti ker apa ker atau keluar carik breakfast sendiri. Bayaran bilik buat masa check in atau check-out sendiri ikut bilik masing-masing. Untuk dinner angah kena bayar 50% 3 minggu lebih awal, jadi harap bayar dengan segera ke akaun angah. sila inform bila duit dah masuk ke akaun angah.

Nombor akaun: 125 2000 1369 525 Nor Lezah Zaini (CIMB)
sila email butiran pembayaran ke lezahzaini@yahoo.com

Buat masa ini hanya Abang Alang dan keluarga sahaja yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan. Namun demikian, harap-harap anak-anak dapat bersama-sama pada hari tersebut. Angah telahpun booking untuk dinner termasuk untuk anak-anak Abang Alang.

Untuk emak dan ayah, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh Tabung Famili. Jadi, harap semua ahli akan segera membayar yuran tahunan sama ada pergi ke sana atau tidak. Sedapat-dapatnya yuran famili hendaklah dibayar pada atau sebelum 30 November 2009. Sesiapa yang bermasalah untuk membayarnya, sila beritahu angah, tapi kesudahannya hendaklah dibayar juga. Ingat, Tabung Famili ada banyak kegunaannya, terutamanya kalau ada kecemasan. Jadi, harap semua akan bertanggungjawab membayarnya.

Yuran untuk anak-anak dan menantu Haji Zaini = RM60 seorang setahun.
Yuran untuk cucu-cucu Hj Zaini = RM10 seorang setahun.
Yuran untuk cucu Haji Zaini yang sudah berkahwin dan pasangan atau sudah bekerja = RM60 seorang setahun
Yuran untuk anak-anak cucu Hj Zaini (cicit) = RM10 seorang setahun.

Buat masa ini pada tarikh ini Keluarga Haji Zaini mengandungi:

Hj Zaini dan Hjh Salmiah
12 orang anak
7 orang menantu
23 orang cucu

Jumlah kutipan yuran seharusnya = RM60 x 12 = RM720
RM60 x 7 = RM420
RM10 x 23 = RM230
Jumlah besar = RM1370

Sila buat bayaran dengan segera ke akaun Acik Mah.

No akaun Salmah Zaini (Bendahari) : 1621 5164 0397 Maybank
email butiran pembayaran ke salmah.zaini@shell.com

Untuk tahun depan, Angah cadangkan kepada semua, sila buat bayaran pada awal tahun. Salah satu cara bayaran ialah melalui Standing Instrution kalau ada internet banking sama ada CIMB Clicks atau Maybank2u. Senang saja.

Ingatlah motto keluarga kita, apa penting? Kerjasama. Semoga ikatan kekeluargaan antara kita bertambah ampuh.

Friday, October 30, 2009

family day...





Seperti yg dicadangkan dan setelah perbincangan dilakukan, kita akan buat family day pd 12.12.2009 bertempat di Impian Hotel Morib, Selangor (http://www.pnsb.com.my/terkini/hotel_impian_morib.htm). 1 family 1 bilik. abg long rm220 (deluxe) abg lang rm220, abg ulik rm220, kak zie 180 (standart), abg yai rm220, nana rm180, atie rm180, abg jml rm220 (emak+ayah+salleh+abg jamal) , nani+kak lezah+ kak mah rm220. segala pertanyaan mengenai hotel sila rujuk pd angah lezah. selain itu, kita akan buat dinner (sambil2 tu ade games) dan setiap org dikenakan bayaran tambahan, dewasa rm30, kanak2 6 -12 thn rm15.

atucara program 12.12.2009

12.00pm makan2 di tepi pantai morib
3.00 pm check in hotel & registration
4.00 pm bebas......swimming & santai
8.00 pm dinner
bacaan doa selamat
ucapan anak sulong
ucapan pengerusi majlis (angah lezah)
mesyuarat agung keluarga
jamuan makan
games & performance
cabutan bertuah
sesi bergambar

13.12.2009

6.00 am solat subuh berjemaah
7.00 am senamrobik
9.00 am breakfast
mandi-manda
12.00 pm check out

ajk :

registration : nana
mc dinner : atie
prizes : nani
pengurusan hotel : angah lezah
games : angah + kak z + salleh
keselamatan : uda + cik ai + abg ulik
makan + minum : cik mah + cik nalyn
pa ayah : abg long
pa emak : kak zai + kak lang + kak zah
music : abg lang + nani
videocame : abg yai + zahid
fotografer : angah + pyan
show performance: aizam

pakaian dinner : dazzling blue
balik : t shirt family


sekian...........

Thursday, October 22, 2009

Sepandai2 Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Juga Ke Tanah

Semalam, 21hb Oktober 2009, abg pergi lunch kat Restoran Kudu Bin Abdul di Jalan TAR sekitar jam 2.00pm. Abg pergi sorang jer, balik dari Shah Alam hantar dokumen kepada agen fowarder kami. Tengah syok makan, tiba-tiba ada perempuan menjerit. Rupanya dia kena ragut. Respon orang ramai cukup cepat. Ramai yang mengejar peragut tersebut. Bila dia ragut beg tu, dia terus naik motor melawan arus dan Allah telah takdirkan dia terlanggar teksi dan jatuh. Orang ramai pun apalagi tangkap dia dan nasib baik ada pulak polis kat situ. Peragut tu selamat dari dikeroyok oleh orang ramai.

Inilah restoran yang abg maksudkan.
Memang ramai orang makan di sini waktu lunch.
Sampai beraturlah.

Ini motor yang digunakan untuk melarikan diri.

Orang ramai berkerumun untuk melihat Mamat peragut tu.

Siap ada pasukan ambulan untuk pereksa mamat tu yang berdarah tercedera

Dah dicekup oleh pihak polis.




Mangsa peragut, seorang gadis Cina.
Beg warna merah tulah yang diragut.

Peragut yang telah ditakdirkan kena tangkap akhirnya. Dari percakapan, Melayu Islam, pulak tu bukan budak muda. Dah berumur. Apa nak jadi???

Pengajaran: Berhati-hati masa makan di tempat2 yang ramai orang. Letak beg tu di kedudukan yang selamat. Abg nampak Minah tu bawa 2 beg dalam satu masa. Beg galas isi laptop kot, Hand Beg warna Merah dan satu beg lagi berisi fail kot.

Tuesday, October 6, 2009

Hujah yang sangat bernas tentang perjuangan Pas

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/siri-11-albanjari-n31-albanjary-mula.html

Jangan lupa baca komen abg dan jawapan dari Moderator. Bagus jugak jawapan dia.

Wednesday, September 30, 2009

IZZAH TERTINGGAL BAS



Izzah tertinggal bas Ahad lepas. Ingatkan boading kat Terminal 1 Seremban.

Rupanya dah pindah ke Terminal 2. Dalam tiket tulis Terminal 1/2. Dengan budibicara, dapat naik Plusliner (bas 2 tingkat) tanpa bayaran tambahan. Kejadian ni berlaku pada hari Ahad yang lalu (27/9/2009) masa Izzah nak balik ke UTM,Sekudai.

Posted by Picasa

Saturday, September 26, 2009

Pulang Beraya Di Kelantan & Percutian Keluarga


Sudah 3 tahun tak beraya di Kelantan disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Bermula dengan anak2 terpaksa menghadapi pepereksaan penting spt UPSR, PMR dan SPM serta pekerjaan yang tak menentu. Sepatutnya bergilir selang setahun di antara Tg Karang dan Kg Nara. Tahun ni kami buat keputusan untuk beraya di sana.

Kami bertolak dari Nilai jam 6.30 pagi 19hb September 2009 selepas selesai solat subuh. Perjalanan dari Nilai lancar macam biasa tetapi selepas melepasi Toll Gombak jer, suasana tiba2 berubah. Jalan yang tadi biasa2 jer tiba2 padat dengan kereta sehinggalah ke Pekan Kuala Lipis. Kereta yang banyak tadi tiba-tiba hilang sehinggalah sampai ke Pekan Gua Musang yang mula balik padat sehinggalah ke Pekan Kuala Krai. Kami berhenti mengisi minyak di Felda Ciku 9 secara emergency sebab minyak dah merah kat stesen persendirian yang diurus Koperasi setempat. Kami tak sempat berbuka puasa di Kg Nara dan terpaksa berbuka puasa di Gerai Tepi Jalan di Jalan Jerteh/Pasir Puteh. Makan biasa2 jer tapi kene ketuk RM54.00 (niat sedekah sebab dia overtime, patutnya dah tutop kedai sebab besok dah Raya).

Raya pertama kami banyak stay di rumah jer. Kami cuma tunggu tetamu datang. Abg juga dapat berjumpa kawan lama yang sama2 belajar di ITM dulu yang juga merupakan sepupu Kak Zai. Raya kedua, kami cuma duduk rumah jugak sebab ramai tetamu yg datang tambahan pulak ada kenduri kesyukuran di Rumah Datok Mat, sepupu Kak Zai jugak. Hari ke 3, kami pulak kenduri kesyukuran. Ramai keluarga yang datang membantu dan ada jugak yg sedekah 2 ekor kambing. So, kami raya sakan pada hari tu. Raya ke4, kami pergi kenduri kahwin adik ipar Rotonor, adik Kak Zai di Besut. Raya ke 5, kami balik melalui Kuantan. Kami bercuti bersama Keluarga Khairul/Mok Yah (adik Kak Zai) di Holiday Villa, Cherating. Raya ke 6, kami balik ke Nilai melalui Lebuhraya Pantai Timur.

VIDEO BERSARIKATA

Tuesday, September 15, 2009

Kulaan Garing


Hari Ahad yang lalu abg berkesempatan untuk menziarahi Angah Hjh Rakyah yang merupakan kakak kepada ayah. Kami pergi seramai 3 orang, emak, Kak Zai dan abg. On the way, kami ambil Hj Husni (atas cadangan ayah) untuk ikut serta. Hjh Rakyah telah 10 hari terlantar di pembaringan. Tangan dan kaki beliau paralyzed (mati sebelah), macam abg dulu yakni kena stroke. Untuk pengetahuan korang, Hjh Rakyah, Hj Husni dan ayah merupakan 3 orang anak HjMarhasan dengan Hjh Sharifah yang masih hidup. Kita kena banyak bersyukur kerana kedua2 mereka selain ayah masih lagi berada bersama kita (hidup) dan dari merekalah abg dapat banyak maklumat mengenai asal-usul kita. Rupanya nenek Hjh Sharifah ada 3 lagi adik beradik. Hj Abas, Hj Saman (atok belah emak) dan yang bungsu Hjh Sanah yang juga dikenali sebagai Nenek Busu. Keempat-empat mereka datang ke Tanah Melayu dari Banjarmasin.

Anak-anak Hjh Sharifah (nenek) dengan Hj Marhasan: Hj Sabran, Angah Marinak (Sg Bogak), Hj Asmuni (ayah Bakar), Hj Husni, Hjh Rakyah, Angah Randah dan ayah. Hj Aman (Bukit Merah) merupakan anak Hj Marhasan dengan isteri terdahulu. He is considered anak sulong Hj Marhasan. Nama sebenar dan turutan kena check balik. Manakala anak Hj Saman pula Angah Along (WMk Musa), Hj Hashim, Pak Lang Omar, Pak Ndak Rashid, Mak We (dulu dikenali sbg Angah Biah), Emak, Mak Njang, Mak Teh, Pak Cik Hassan dan Paksu Hussin. Itu baru anak-anak 2 beradik yang kita tahu. Macam mana pulak anak-anak Hj Abas dan anak-anak Nenek Busu (ni ramai anak). Kulaan terdekat belah ayah cuma tinggal 3 orang yang masih hidup. Abg pun dah nak senja. So korang wajib tahu semua kulaan kita supaya ikatan persaudaraan tu terus menerus kekal dan kalau boleh on a bigger coverage (maknanya mengenali seramai mungkin kulaan). Caranya kita promote Group Facebook Kulaan Hj Marhasan. Sekarang under abg punya 'We're Related' pun dah ada 22 relatives and these relatives are almost all elligible to be members of Kulaan Hj Marhasan. So start promoting this coming Eid Mubarak. Caranya sediakan kertas dan setiap kulaan yang datang, suruh dia orang tulis nama dan alamat email dia orang, Nanti abg akan invite dia orang untuk join FB dan seterusnya invite them to join Kulaan Hj Marhasan FB Group.





Friday, September 11, 2009

BERBUKA PUASA DI IMPIANA KLCC

Gambar ambik sendiri

Keluarga Zamsari, MD Syarikat

Beratur nak ambik ice-cream

Siap ada 3 piece band

Berbuka puasa semalam merupakan pengalaman kali 3 di hotel. Kali ini dianjurkan oleh syarikat tempat abg bekerja khusus untuk meraikan kakitangan client kami. Macam biasalah, terlalu banyak makanan yang dihidangkan sampai tak tahu apa nak makan. Orang yang datang pu bukan main ramai lagi. Tak kiralah samada yang muslim atau bukan muslim. Semalam, siap ada durian lagi tapi kat luar jer.

Thursday, September 10, 2009

BERBUKA PUASA DI PJ HILTON


Semalam abg berpeluang berbuka puasa di Restoren Padang Serai di PJ Hilton. Dulu hotel ni namanya Hotel Jayapuri. Abg sama 3 lagi staff Sedia Teguh dijemput untuk bersama 90 yang lain oleh A. Hartdrodt Malaysia Sdn Bhd, syarikat penghantar fret antarabangsa yang mengendlikan shipments syarikat kami. Ramai sungguh yang berbuka puasa kat situ. Anggaran 500 pengunjung. Ini merupakan kali kedua abg berbuka puasa di hotel. Kali pertama di Hotel Legenda. Petang nanti abg berbuka puasa di Impiana KLCC pulak.

Wednesday, September 9, 2009

JUMPA MUSA RAMLI DI FACEBOOK


Harini abg terjumpa Musa Ramli, kulaan kita di Facebook. Musa guna nicknamed

Ibnuramli Abuamirul

Sunday, September 6, 2009

Projek Gambar Keluarga

Gambar ni mungkin diambil pada sekitar tahun 1978-1979. Sekarang dah hampir 30 tahun, mungkin tahun ni kita boleh rancang untuk bergambar satu keluarga dgn mak ayah dan 12 adik beradik, ditambah lagi hampir 20 cucu Hj Zaini. Kalau boleh kita luangkan satu masa utk kita bergambar semua ahli tanpa tertinggal seorang pun. Memang susah utk berkumpul semua keluarga tapi apa yang penting KERJASAMA, insyaallah kita boleh berkumpul semuanya.

Dicadangkan kita ambil gambar di Studio gambar dengan semuanya berpakaian baju raya. kalau boleh kita bergambar pada raya tahun ni. maybe pada raya ke2, ke3, atau tarikh yg sesuai. Alhamdulillah keluarga kita semuanya dalam keadaan sihat walafiat, jadi ambil kesempatan ini utk kita berkumpul dan bergambar.

Projek ini akan gagal kalau seorang ahli keluarga tidak hadir. Bayangkan dah hampir 30 tahun kita tak dapat bergambar bersama

[7 Sept 2009 @8.40am] Maaf beribu ampun: Abg Long beraya di Kelantan tahun ni. Dah 3 tahun tak beraya di sana. Kita cari tarikh lain. Tak semestinya hari raya. Abg tak nak ketinggalan untuk sama2 menjayakan projek ni.

Friday, September 4, 2009

Cadangan: Aktifkan Kulaan Hj Marhasan Group dalam Facebook

Kita dah berjaya mengaktifkan Kulaan Hj Zaini dan blog ini menjadi bukti. Since korang aktif dalam Facebook sejak dua menjak ni, apa kata kita aktifkan pulak Kulaan Hj Marhasan dalam Facebook untuk coverage kulaan yang lebih besar. Kita ada kulaan dari keluarga Pakcik Hassan, kita ada kulaan dari keluarga Mak We. Hari raya ni pasti kulaan keluarga besar yang lain akan datang rumah kita atau korang akan bertandang ke rumah dia orang. So ambil kesempatan Hari Raya ni untuk satukan keluarga besar Hj Marhasan dan promote Kulaan Hj Marhasan Fb Group. Siapa2 kulaan jer kita satukan dalam Keluarga Besar Hj Marhasan. Sekurang2nya, kita menandu kulaan kita walaupun kita berjumpa di Facebook jer.

Minta maklum balas di atas cadangan ini.

Hamidon Zaini aka Abg Long

Wednesday, September 2, 2009

Senarai Cucu-Cucu Hj Zaini/Hjh Salmiah

Tolong update senarai masing-masing. Siapa yang tak pandai nak buat, minta tolong Cikgu Liz aka Moderator.


  1. Nurul Nadiah Hamidon
  2. Nurul Izzah Hamidon
  3. Nurul Hazirah Hamidon
  4. Nurul Farzanah Hamidon
  5. Mohammad Hafiz Hamidon
  6. Muhammad Zahid Akmal Mohd Nor
  7. Nabilah Huda Mohd Nor
  8. Muhammad Syahir Mohd Nor
  9. Najihah Safiah Mohd Nor
  10. Nor Haziqah Aini binti Rosli
  11. Muhammad Hazmi Rosli
  12. Izan Rosli
  13. Iffah Rosli
  14. Iman Rosli
  15. Muhammad Zhorif Rosli
  16. Norizati Amani Azhar
  17. Norizati Aqilah Azhar
  18. Norizati Afiqah Azhar
  19. Amirah Hafiyah Bahtiar Jamili
  20. Amirah Hafizah Bahtiar Jamili
  21. Muhammad Amir Hasif Bahtiar Jamili
  22. Muhammad Aiman Zafran bin Aizam

Angah sambung tapi ak berapa sure nama penuhlah. So tolonglah lengkapkan sendiri. Tak pun beritahu nama penuh kat Acik Nani atau Angah sendiri kalau tak reti masukkan sendiri. :)

Tolong panjangkan senarai ini.

Sunday, August 30, 2009

PERTAMA KALI ALI BERSEMANGAT SEWAKTU BERSAHUR

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ali berpuasa. Bermula dengan malas nak berpuasa, terpaksa berpuasa dan kini dah nak berpuasa. Kalau dulu setiap hari cuti sekolah pasti kalah dengan godaan tapi sekarang alhamdulillah dah punya kesedaran. Sahur tadi merupakan sahur kali pertama Ali bersemangat nak bersahur. Tak tahulah kenapa, mungkin makanan tu kena dengan selera dia yakni Garlic Bread with mushroom cream soup. Tengoklah gambar dia bersemangat makan benda tu. Minuman = Vitagen.




Sunday, August 23, 2009

Di Ladang Kambing Abashy Agro


Di kebun rumput napier yang Aacik Yai tanam tak jauh dari ladang kambingnya. 6 ekar semuanya. Rumput yang tinggi menghijau tulah rumput napier - rumput yang ditanam untuk makanan kambing.
hai, termenung mengenangkan apa tu? Mula-mula cam takut jer Izzah nak masuk ke kandang. Lama-lama cam biasa pulak.
Pantang nampak, ini memang feveret angah. Cili api! Buahnya pun banyak. Acik Yai kata nak komersilkan cili api ini.
Depan ladang kambing. Entah kenapa gambar yang dengan Ali tak dapat dibuka. Nampak tangan Ali jer tu!
Ali dan Izzah konon takut kambing kejar mereka, tapi sebenarnya kambing tu kejar Mat Indon yang kerja kat situ kerana Mat Indon tu sedang bawa makanan untuk kambing-kambing tu... seronok tengok kambing-kambing tu makan soya.