Tuesday, July 28, 2009

3 hari 2 malam di A famosa Resort

Sebenonye ni cerita lama dah. Tapi sbb bukak cerita family day, sajelah kami cadangkan di A Famosa Resort Melaka. Kami pi sana dolu masa bulan Jun tahun lepas... mmm... setahun lepas lah kiranye. Pi sana bersama family Batu Pahat. menginap di banglo.

Hari pertama masuk..lepak2, malamnye pi culture carnival n cowboy town n tengok bunga api. Esoknye masuk animal safari. tengok pertunjukkan macam2 binatang lah. Naik bas kecik tengok binatang liar yang dilepaskan di kawasan lapang.(safari). Yang ni piyah, pizah dapatlah pi tengok, tapi mama sorang tak dapat ikut sbb hasif dalam perut sbb perjalannanye adventurelah jugak. Malamnye kami lepak2 kat banglo sbb dah kepenatan seharian di animal safari. tu pun kami tak abis melawat semuanye sbb piyah n pizah dah tidur kat dalam tu. esoknye siap2 nak baliklah.. tapi sempat gak pagitu masuk dalam kolam renang...layan anak2.

On the way balik jb, singgah di pantai tanjung bidara. tu yang ada gambo pantai tu..kat tanjung bidaralah. Kat situ boleh gak lah kalau nak buat family day.

Wednesday, July 22, 2009

Hari Keluarga 2009

Kalau dapat, marilah kita buat hari keluarga pada tahun ini. Selewat-lewatnya pada bulan 12, tapi kalau lebih awal lebih baik. Kenalah berikan cadangan kat mana nak buat dan bila. Selain itu, bagilah juga cadangan apa yang hendak kita buat semasa Hari Keluarga tersebut, bajet dan sebagainya. Kita kena rancang dengan segera supaya dapat buat booking hotel atau seumpamanya.

Kalau boleh semua orang akan dapat menghadiri Hari Keluarga ini. Diharapkan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih rapat..

Angah nak juga cadangkan agar T-shirt baru dibuat. T-shirt lama dah buruk. Sama ada kita design baru dengan kaler baru atau kekalkan yang lama buat tempahan baru jer.

Sila bagi respons kalian. Kalau boleh respons tu buat lah di sini. Tapi kalau tak boleh, silalah sms atau telefon. Kalau tak bagi apa-apa respons ertinya setuju dengan pendapat ramai. Jangan komplen kemudian hari yer?

Saturday, July 18, 2009

MINGGU YANG CUKUP HECTIC

Minggu ni minggu yang cukup hectic untuk abg. Bermula dengan hari Isnin sampai la hari Jumaat. Pagi ni baru abg free nak update blog ni.

Tuesday, July 7, 2009

Skim Ternak Kambing Boer Abbasy Agro

  • Pakej skim bernilai RM1000 seekor induk betina Boer F3/F4
  • Pejantan Boer FB berdaftar akan disediakan oleh pihak Syarikat
  • Kos makanan, penjagaan dan ubatan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat
  • Setiap kelahiran anak kambing adalah hak milik bersama peserta dan Syarikat mengikut syarat perjanjian
  • Anak-anak kambing yang lepas cerai susu akan terus dijual
  • Pembahagian keuntungan jualan adalah 50:50
  • Jaminan beli balik anak-anak kambing Boer boleh diuruskan (jika berminat)
  • Bebas melawat kandang kambing
  • Segala risiko ternakan ditanggung secara bersama oleh peserta dan Syarikat

Contoh pengiraan Pulangan

  • Semua data untuk pengiraan pulangan, seperti harga jualan, kadar kelahiran, bilangan anak kambing dan sebagainya adalah andaian semata-mata dan tidak dijamin
  • Satu musim kelahiran adalah 8 bulan
  • Tempoh skim sehingga 6 musim iaitu 4 tahun





Friday, July 3, 2009

Giacomo Andrea Mondora

Nama dia Giacomo Andrea Mondora. Dia ni bukan tokeh Barangan Giacomo. Nama dia yang depan jer sama dengan Giacomo tapi sebenarnya dia ni Pengarah Urusan Fitech Italia, sebuah syarikat berkaitan Valve service and technology dari Itali.

Wednesday, July 1, 2009

Abg ada tugasan di Kertih

Skrg jam 1.12pm, abg nak berangkat ke Kertih nak selesaikan pembukaan cawangan Kertih yang sepatutnya mula beroperasi hari ini. Pejabat dah sewa tapi letrik dan telefon belum selesai. Pergi kali nak selesaikan semuanya, insyaAllah.

Skrg dah sampai Kertih sekitar jan 7.15 ptg dengan 1 stopover kat R&R Temerloh. Checjed-in at Kertih Inn. Boleh tahan gak bilik dia. Harga tak mahal, cuma RM98-00 jer dengan double bed room.



Lepas ni nak g dinner dengan staff baru kami untuk cawangan Kertih. Nanti update lagi.