Wednesday, April 1, 2009

Kami kini diakui sebagai syarikat berstatus ISO 9001:2000.



Pada 18 March 2009, syarikat kami telah dianugerahkan status ISO 9001:2000 oleh Independent European Certification (IEC). Sempena penganugerahan tersebut suatu majlis makan malam telah diadakan di Look Out Point Restaurant and Cafe, Kompleks Pelancongan Menara Tinjau di Bukit Ampang pada Isnin 30hb Mac yang lalu sebagai tande terima kasih Pengurusan kepada semua kakitangan kerana penglibatan merekalah syarikat telah ditauliahkan ISO 9001:2000.





Untuk pengetahuan korang semua, restoren tersebut menyediakan makanan western. Bagus jugak la food yang dihidangkan. Abang makan lamb combo dengan black pepper sauce. Lamb combo ni disediakan bersama udang, slice chicken dan fish fillet. Makan di restoren tersebut seolah-olah makan di dalam kapal terbang sebab kita boleh nampak pemandangan malam di Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di atas bukit pada ketinggian 10,000 pada paras laut. Kita boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam yang cantik begemerlapan dengan jelas. Boleh nampak KLCC dan Menara KL dengan jelas.

Masa kami makan tu datang segerombolan pelawat yang bila abang amat-amati rupanya geng2 Mr Os dan Shamsul Ghau Ghau. Mungkin balik dari shooting program tv9 kot.

2 comments:

Lezah Zaini said...

makan kat sini mahal tak? agak-agak sorang berapa ya.Nampakmacam bestjer tempatini.

Tahniah untuk syarikat abang.

DonZaini said...

Tak tahulah samada mahal ke tak sebab Abg makan free. Mahal kot?