Tuesday, June 2, 2009

Seharian di Miri.

Miri Airport, Macam KLIA kan?

Hari ni abg ada tugasan di Miri. Jam 6.00 pagi dah bertolak dari rumah. Kak Zai memang tak dapat hantar abg ke LCCT so abg guna khidmat jiran yang memang kerja dia buat airport transfer. Sampai je kat LCCT tepat jam 6.45 dan terus check in. LCCT dah berubah, tak macam 24 March 2006, tarikh terakhir abg meninggalkan Miri masa abg balik dari Brunei yang terakhir. Dulu nampak 2-3 aeroplanes sahaja. Sekarang dah berlambak-lambak. Mula2 macam kera masuk kampong, tak tahu macam mana nak check-in. Tengok orang buat, baru otak berjalan apa nak buat. Sampai kat Miri jam 9.50 pagi. Dah kenala pulak go through pemereksaan kesihatan kes H1N1.

Fly-over Bulatan Padang Kerbau

Miri dah banyak berubah setelah abg tinggalkan Miri 3-4 lalu. Sekarang dah ada sekurang2nya 5 bangunan tinggi. Dulu cuma ada 2 yakni Hotel Mega dan Menara Pelita. Dulu takde fly over. Sekarang dah ada 2. Satu di Bulatan Padang Kerbau dan satu lagi di tengah-tengah bandar.

Sebenarnya tujuan abg ke Miri adalah untuk membuka cawangan kami di Miri. Di airport, abg dijemput oleh Sdr Jeffry, pekerja kami yang bakal bersama syarikat pertengahan Julai nanti. Matlamat utama abg ialah untuk menyewa ruang pejabat. Korang tahu setibanya di Miri, abg minta dibawa sarapan mee kolok, makanan yang abg rindu sekian lama sebab mee kolok ni takde kat Semenanjung. Abg juga berkesempatan singgah kat Restoran Fairus, restoran kawan lama abg sejak kerja di Maybank dulu. Dia ni mamak dari India., nama dia Hassan tapi kat Miri dikenali dengan nama baru Fairus. Dulu ada gerai di belakang Bangkok Bank yang terkenal dengan Briyani Ayam Goring. Dia ni mengingatkan nostalgia abg bekerja di Maybank Jalan Bandar dulu. Sempat juga abg pekena beriyani kambing.

Tingkat satu, kat sini pejabat cawangan Miri.

Abg buat keputusan untuk menyewa ruang pejabat di Piasau Business Park dengan sewa bulanan sebanyak RM350. Bilik yang abg sewa tu boleh memuatkan 2 meja. Biliknya dah siap dengan karpet, kami cuma perlu pasang air-cond dan isi peralatan pejabat. Faktor utama abg pilih tempat ni sebab ada beberapa syarikat perunding yang pejabat mwereka ditempatkan berhampiran pejabat kami yang baru abg sewa. Ada MMC, ada juga RNZ dan pejabat Shell Engineering Centre SSB dan Sabah Shell juga berhampiran. Senang lah kami untuk berurusan dengan mereka.

Bangunan Engineering Centre untuk Sarawak Shell dan Sabah Shell

Posting ni abg buat di Miri Airport, kat Hotdog 1901 stall tapi guna WIFI Starbuck, menunggu waktu nak chek-in. Flight abg akan bertolak jam 8.45 malam. Sekitar 1 jam 50 minit dari sekarang. Bateri laptop pun dah tenat. Terpaksalah abg cari port lain untuk charge laptop.
Hotdog 1901 Stall @ Miri Airport

Finally WSQ 84

Monday, June 1, 2009

Ahad kami sekeluarga.

Pagi ahad kami sekeluarga yakni abg, Kak Zai, Izzah, Ali dan Uya pergi ke pasar minggu. Ada dua matlamat kali ni. Beli keperluan taska dan keperluan untuk sarapan. Hari ni kami skip makan di rumah sebab ada jemputan makan nasi dagang di Rumah Mek Ros di Bandar baru Bangi, emak Mek Ros (cousin kak Zai) datang dari Kelantan. Adik beradik dia orang berkumpul kat sana. So dia orang masak nasi dagang dan ajak kami sekali. On the waay ke sana, kami singgah di Agen Proton di Bangi nak tengok kereta Proton Exora yang kami tempah dan tiba.

Berborak2 setelah pekena Nasi Dagang

Pemandangan dari Belakang (tanpa plate number)

Pemandangan dari depan (belum daftar lagi=ta plate number)

Sabtu di Alor Gajah

Hari ni abg kena ambil Uya untuk balik bercuti penggal pertama. At the same time, abg nak attend mesyuarat Muafakat (Pibg) MRSM Alor Gajah dan melawat Atie di Masjid Tanah. Kami bertolak jam 10.30 pagi dan sampai di MRSM sekitar jam 11.30pagi. Mesyuarat baru bermula. Bila dah dengan ucapan (pulaktu ada ucapan politik lagi) lama2 jadi boring. So kami decide keluar awal.


Kami sebenarnya tak nak menyusahkan Atie (bukan tak sudi), so kami makan siap2 di Pekan Masjid Tanah. Kami makan di Restoran Che Ahmad. Nama macam orang Kelantan tapi setelah diselidiki, tuanpunya restoran tu memang anak jati Melaka. Makan di situ memang sedap terutamanya Masak Ayam Pedasnya. Memang lain dari yang biasa rasanya. Abg siap tambah kuah asam pedas. Harga pun tak la mahal sangat. 4 orang makan cuma RM25.00 sahaja. Ramai gak pelajar MRSM yang lain bersama keljuarga makan di situ. Anak tuapunya restoran tu pun belajar di MRSM Alor Gajah. Dah siap makan, baru kami called Aizam dan Aizam guided us to his house.
Bila sampai kat rumah Atie, Atie hidangkan kami Spageti. Abag memang dah kenyang sebab makan di Pekan masjid Tanah tadi tapi untuk menghormati pelawaan tuan rumah, abg makan jugak la tapi dengan kuantiti yang sedikit. Sos spageti Atie tu boleh tahan sedak. So abg tambah beberapa kali (sosnya saja). Abg juga berkesempatan tour keliling rumah Aizam. Inilah hasil lawatan abg di sekeliling rumah bersama Ali.















Kak Zai sempat belajar dengan Wo0 (nenek sebutan orang Malaka) macam mana nak buat Asam Pedas Malaccan style.



Friday, May 29, 2009

Besok (Sabtu) Kami Nak Ke Rumah Atie/Aizam

Besok pagi MRSM Alor Gajah ada Mesyuarat Muafakat (PIBG). Dia orang sengaja buat sempena pulang bercuti Penggal Pertama yang bermula 30 Mei 2009. Pandai pihak MRSM Alor Gajah atur tarikh mesyuarat agar ramai yang akan hadir ke mesyuarat tersebut. So, ini peluang yang baik untuk kami ziarah Atie sekeluarga. Banyak kali dah pergi ke sana tapi masa tak sesuai nak ziarah Ati sebab kesuntukan masa. Suntuk sebab uya keluar sekitar jam 4.00 ptg. Perjalanan ambil masa 1 jam setengah. nsyaAllah kami akan ke MRSM Alor Gajah pagi, attend meeting sekejap, pastu pergi rumah Atie.

Thursday, May 28, 2009

Syarikat yang pemurah dan tak kedekut

Abg nak puji sikitla syarikat tempat abg kerja sekarang ni. Dulu masa kerja kat Senawang dan Nilai, syarikat cuma sediakan dispenser air sahaja. Macam ni;


Sekarang, syarikat tempat abg kerja ni sediakan lebih dari yang atas tu. Dia orang sediakan teh, kopi tak kiralah samada yang tradisional atau 3 in one. Yang kaki minum Tongkat Ali pun disediakan. Milo instant pun ada. Tak cukup itu, cereal ada untuk yang tak sempat sarapan pagi.

Itu cakap pasal minum. Kalau makan, setiap hari Jumaat, selepas habis weekly meeting pasti ada jamuan makan. Besok abg dengar menu kami ialah soto. Bukan soto bodoh tau. Siap ada begedil dan lain2 yang wajib bagi hidangan soto. Abg patut bersyukur banyak2 sebab Allah temukan abg dengan boss (kawan) abg sekarang.

Satay Kajang Hj Samuri di Lebuhraya Putrajaya


R&R Seri Kembangan (Maju Expressway-MEX)

On the way balik ke Nilai, abg akan menggunakan Lebuhraya Putrajaya dari Seri Petaling (at the end of MRR2). Lebuhraya ni dikenali dengan nama Maju Expressway atau nama singkatannya MEX. Kat R&R sebelah kiri ke Putrajaya/Nilai/KLIA ada terdapat Cawangan Satay Kajang Hj Samuri. Hari ni Kak Zai pesan 16pcs Satay Ayam, 17 pcs Satay Daging dan I pc ketupat. Sape2 yang kerja di KL dan tinggal di Putrajaya, Nilai dan Sepang biasanya akan singgah kat sini untuk tapao balik ke rumah. Abg punya order semuanya RM22.30. Kak sinipun ada free WIFI. Sempatla melayari internet sambil menunggu pesanan abg disiapkan.



Gerai Satay Kajang Hj Samuri


Ada banyak gak gerai2 kat sini. Ada Nasi Kandhar, Aneka Mee dan macam2 lagi