Tuesday, May 5, 2009

Meunjun

Hari tu balik kampung jenjalanlah kat sawah. Aziah pun ikut, nak tengok bendang dia. Jumpalah Azhar di sawah tengah menebas padi angin.

On the way balik, nampak orang meunjun. Berhenti sekejap dan pinjam unjun dia dan meunjunlah ikan puyu. Nilah ikan puyu yang angah dapat. hehehe

Pastu esoknya kami pun beria-ia buant pancing dan meunjun dengan atie dan aizam. Tapi nasib malang, dapat 20 hekor jer... bolehlah sepiring. oleh sebab seronok sangat meunjun, lupa lak nak ambik gambar. huhuhu

Malam tu kami buat wadai kipeng. sekampit je. Hari Ahad ke Ipoh dengan nani melawat orang kematian. Ayah mentua kawan baik meninggal, so pergilah ke sana kul 1.30 lebih kurang dan sampai di Ipoh kul 5.00 ptg. Balik kul 6.30 dan sampai di Tanjung karang malam tu kul 12.00 tengah malam. Ngantuknyer..... Jem giler highway....




Yang balik ke kampung minggu lepas ialah Bahtiar dan keluarga, Atie sekeluarga, Abang Alang pun balik gak, Nana dan Piyan singgah sekejap pastu balik ke Kampar, Acih Mah dan tak lupa keluarga Aziah. Aiman dan Hasif dah besar dah....

Sunday, May 3, 2009

Traffic Jam sepanjang ke MRSM Alor Gajah















Hari Ahad, Abg hantar Uya balik ke MRSM Alor Gajah. Una ikut sama. Kami keluar sekitar jam 3.50 ptg. Kami singgah di Pasaraya Grand Union, bertentangan Nilai Square untuk beli sedikit keperluan Uya. Kak Zai dah pesan, jangan ikut jalan kampong. Ikut jer Lebuhraya (apa jugak toll RM9.50 ke Simpang Ampat). So abg pun ikutla nasihat tu. Keluar jer dari Plaza Tol Nilai dah mula jam. Dalam fikiran, mungkin semua orang fikir waktu tu waktu yang terbaik untuk balik ke rumah masing2 sebab besok (Isnin) dah nak kerja. Kebanyakan orang ambil peluang balik kampong sempena cuti Hari Buruh. Rupa2nya ada accident kat depan (selepas R&R Seremban arah Kiri. Nampak beberapa kereta parking kat bahu jalan dengan kemek sana sini dan ada jugak yang hancur terus bumper depan. Semua ni mungkin sebab berek mengejut kot. Nampak gaya sandwich tu mengakibatkan lebih 10 buah kereta. So, kepada sesiapa yang biasa menggunakan Lebuhraya Plus ke Selatan berhati-hati di kawasan tersebut. Tempat tu memang kawasan bahaya yag amat sebab sudah terlalu berlaku banyak kali accident kat situ. Accident dah berlaku dan kereta2 telah diketepikan di Seremban (kiri kami) tetapi kami nampak sepanjang jalan arah ke KL dari Melaka penuh dengan kereta (jam gila). Jem mula di Seremban dan sampai Simpang ke Rembau masih jam lagi.

Kami sampai di MRSM Alor Gajah sekitar jam 6.10 ptg. Gate besar dah ditutup (biasanya waktu terakhir menghantar anak ialah jam 6.00 ptg. Tak tahu apa beberapa parents terdahulu runding dengan Pak Guard, kereta kami (lebih 5 kot) dibenakan masuk. Kalau tidak, jenuh jugakla mengangkut barang-barang uya yang berbakul-bakul naik ke asrama Uya. Sesampai di asrama, abg pun pergi solat kat surau sementara Uya dan Una punggah barang-barang Uya. Sesiap solat kami bertolak balik ke Nilai. Kali ni, abg buat keputusan nak guna jalan kampong balik ke Nilai untuk mengelak kemungkinan Lebuhraya Plus jam. Kami mengambil masa +- 1 jam setengah untuk sampai ke rumah. Bertolak jam 6.45 ptg dan sampai jam 8.10 malam.



Friday, May 1, 2009

Pizza here we come





Hari ni kita orang celebrate Mama's belated birthday with Uya being our special guest. On 24th April 2009, we had our Birthday Dinner at Layar Jati Tomyam. We had the dinner only for 4 of us. Me, Mama, Una and Ali. Today we celebrate with Uya, she being at home for pulang bermalam program set by MRSM. We had our pizza at Pizza Hut Nilai. Nothing special except I manage to take a few photos of the occassion.

Today's special is the Salad of The Day. Orang Banjar cakap BEJUBUNG, maknanya penuh mangkok kita orang ambil salad tu. Satu TIP bila ambil salad. Ambil kekacang dulu baru yang lain. That mean kita boleh dapat value for money. Kalau tidak, kita akan rugi.

Thursday, April 30, 2009

Uya Pulang Bermalam


Hari Khamis, abg cuti setengah hari sebab nak ambil Uya kat MRSM Alor Gajah. Keluar dari ofis jam 2.1s ptg , terlambat sikit sebab tersangkut dgn im promto discussion dgn boss abg. Bermula dari MRR2 sesak yg amat (ingatkan masa2 macam tu tak la jam), abg pun decide ikut Jalan PLUS. Mula2 dah plan nak pergi Jalan Tanpa Toll dari Nilai tetapi memandangkan abg dah lambat, abg terus guna jalan PLUS ke Simpang Ampat (Tampin). Dalam otak abg, abg kena sampai sebelum jam 4 ptg di MRSM Alor Gajah (ini yang diberitahu oleh Kak Zai), so abgpun macam biasalah, pecut 120-140km all the way to AG. Sampai kat MRSM tepat jam 4 ptg. Jumpa pak guard nak masuk tak dibenarkan. Rupa2nya hanya boleh ambil anak selepas jam 4.30 ptg. Nak tunggu 30 minit tu abgpun pergi Gerai kat Simpang 3 Kg Padang Kambing (tempat kami biasa beli pisang goreng)pekena Nasi Goreng Kampong dengan Kopi O (minuman kegemaran abg sekarang ini). 2 menu ni berharga RM3.60. Sangat murah.




Tepat jam 4.30ptg, gate pun dibukak. Jam la pulak kat pintu masuk MRSM AG tu sebab terlalu banyak kereta yang packed menunggu kat luar pintu Gate. Abg pun masuk dan park kereta berhampiran dgn Surau. Buat solat Jamak takhir/Qasar Zohor dan Asar dan buat Public Announcement melalui PA system di Surau. Urusan dengan Uya selesau sekitar jam 5.15 dan kami pun bertolak balik. Kali ni abg dah nekad nak balik ikut jalam tanpa toll ke Nilai. So perjalanan balik bermula dari Gerai Simpang 3, Kg Padang Kambing. Kalau biasanya kami ikut kanak nak ke Lebuhraya Plus, tapi kali ini kami ikut kiri arah ke Brisu, Lubuk Cina, Linggi, Rantau, Seremban dan seterusnya Nilai. Uya jadi jurupandu arah dari peta yang abg dah print dari Google Map. Mula2 tu ada sedikit cemas sebab pertama kali nak lalu jalan tu dan minyak pun dah keluar warning sign. Jalan punya jalan, abg terjumpa Medan Selara Lubuk Cina. Tempat tu abg pernah lalui masa hantar pengantin Ati 2-3 tahun lalu. So keyakinan abg bertambah. Sampai kat Rantau, jumpa Stesyen Petronas. Abg isi minyak dan Uya solat asar (tadi kat MRSM lupa nak solat sebab jumpa papa dia yang tersayang kot).


Di antara Rantau dan Seremban, abg tersalah belok ke kiri dan sesat ke satu kg pendalaman. Pastu after 3 km, abg patah balik. Akhirnya kami sampai jugak Kg Mambau salah satu simpang nak ke Labu Sendayan yang merupakan critical point nak ke Nilai melalui jalan tanpa toll tu (ikut Google Map yg abg print). On the way tu nampakla projek pembangunan yg sedang rancak dijalankan di Labu Sendayan. Pusing punya pusing, Uya pun tertidur (boring jalan lama kot). Akhirnya kami pun sampai di rumah jam 7.30 ptg. Suatu pengalaman yang cukup menyeronokkan bagi seorang pemandu yang mencintai pemandangan alam semulajadi. Takla terkuap-kuap mengantuk kalau ikut lebuhraya yang monotonous dan tak mencabar tu. But one thing yang abg lupa, nak ambik gambar. Lain kali kot.

Saturday, April 25, 2009

Jom reramai balik kampung 1 Mei ini.


Kita buat kenduri wadai kipeng, nak?

Friday, April 3, 2009

Growco International


Pada 9 Mac 2009 yang lalu, kami telah dilawati satu prinsipal baru dari Singapore. Syarikatnya diberi nama Growco International. Syarikat ni berpusat di Singapura. Yang datang tu ialah Pengarah Urusannya sendiri Mr Victor Chua. Beliau telah membuat presentation tentang syarikat dan produk yang dipasarkan. Quite interesting jugak la produk-produk yang diketengahkan. Sesuailah dengan aktiviti pemasaran syarikat kami yang menumpukan kepada Industri Minyak dan Gas, Petrokimia, Tenaga dan KerjaAir.

Apa yang menariknya sewaktu presentation itu ialah bila Abang bertanya Mr Victor Chua tu kenapa beriya-iya sangat nak lantik syarikat kami sebagai Business Partner (agen) mereka di Malaysia sedangkan banyak lagi syarikat-syarikat lain yang lebih gagah berbanding dengan kami. Syarikat kami ni baru beberapa tahun bertapak. Lagipun, banyak syarikat-syarikat Cina di Malaysia ni yang telah lama established. Jawapannya cukup simple. Rupanya dia pernah ada pengalaman buat satu projek kecil dengan En Zamsari (my boss) di Titan Chemical di Pasir Gudang dan bila ada problem dengan projek tu, En Zamsari sendiri turun ke Pasir Gudang dan selesaikan masalah tu. Masa tu, Mr Victor Chua tu ada kat sana dan tengok sendiri kegigihan En Zamsari menyelesaikan masalah tu. Dari situ, Mr Victor Chua telah terpikat dengan kegigihan beliau yang 'hands on' dan sebagai seorang muda yang mempunyai masa depan yang cerah.

Apa yang abg nak sampaikan di sini ialah kepentingan untuk kita develop satu skill yang lain dari yang lain. Itulah kelebihan boss abg, En Zamsari. Dia ni ada Xfactor yang orang suka dan nak buat business dengan dia.

Post terlewat sikit sebab gangguan urusan kerja yang bertambah ditambah dengan kehilangan laptop tempohari. Sekarang abg dah ada laptop baru jenis Dell vostro 1310 siap dengan built-in camera, wifi dan Bluetooth. Masalahnya abg masih tak tahu nak guna Bluetooth untuk tranfer gambar dari handphone abg ke laptop abg.

Wednesday, April 1, 2009

Kami kini diakui sebagai syarikat berstatus ISO 9001:2000.



Pada 18 March 2009, syarikat kami telah dianugerahkan status ISO 9001:2000 oleh Independent European Certification (IEC). Sempena penganugerahan tersebut suatu majlis makan malam telah diadakan di Look Out Point Restaurant and Cafe, Kompleks Pelancongan Menara Tinjau di Bukit Ampang pada Isnin 30hb Mac yang lalu sebagai tande terima kasih Pengurusan kepada semua kakitangan kerana penglibatan merekalah syarikat telah ditauliahkan ISO 9001:2000.





Untuk pengetahuan korang semua, restoren tersebut menyediakan makanan western. Bagus jugak la food yang dihidangkan. Abang makan lamb combo dengan black pepper sauce. Lamb combo ni disediakan bersama udang, slice chicken dan fish fillet. Makan di restoren tersebut seolah-olah makan di dalam kapal terbang sebab kita boleh nampak pemandangan malam di Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di atas bukit pada ketinggian 10,000 pada paras laut. Kita boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam yang cantik begemerlapan dengan jelas. Boleh nampak KLCC dan Menara KL dengan jelas.

Masa kami makan tu datang segerombolan pelawat yang bila abang amat-amati rupanya geng2 Mr Os dan Shamsul Ghau Ghau. Mungkin balik dari shooting program tv9 kot.