Wednesday, February 11, 2009

Uya masuk MRSM Alor Gajah


Hari Selasa bersamaan 10hb Februari 2009, Uya (Nurul Hazirah) telah mendaftar di Maktab Rendah Sains Mara, Alor Gajah. Kami keluar rumah sekitar 7.30 pagi melalui Lebuhraya Plus arah ke Selatan. Masuk melalui Tol Nilai dan keluar Tol Simpang Ampat. Dari Tol Simpang Ampat, cuma sekitar 10 km ke MRSM Alor Gajah yang terletak di Kg Pa' Abas. Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam dari rumah, jaraknya cuma +- 70 km.

MRSM Alor Gajah ni merupakan MRSM yang baru, mula menerima pelajar pada tahun 2007. Uya merupakan pengambilan pelajar tahun ketiga. Pencapaian MRSM ni boleh tahan jugak. Walaupun result SPM belum keluar lg, lebih 50 pelajarnya dah pun belajar di University. Kebanyakannya join Program Ekpress Mara UTM di Sekudai, macam program yang diikuti oleh Izah.












Kami sampai MRSM AG sekitar jam 8.30 pagi, orang dah ramai yg berpusu-pusu mendaftar. Proses pendaftaran berakhir jam 11.30 pagi dan diikuti oleh sessi taklimat oleh Tuan Pengetua Maktab. Taklimat ni sgt panjang. Dia mula bercakap jam 11.50 pagi sampai habis jam 12.50 tghari. Dari taklimat yang diberikan, rasa-rasanya Uya sangat beruntung ditempatkan di sini sebab selain belajar utk lulus cedmerlang dlm SPM, MRSM Alor Gajah merupakan 3 MRSM yang menjalankan pilot project di mana Kemahiran Insaniah (softskill) di masukkan di dalam sukatan pelajaran selain Kemahiran Akademik dan Kemahiran Ko-Kurikulum. Kemahiran Insaniah ini mengajar pelajar kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, berunding, berfikir, menyelesaikan masalah dan lain-lain skil yang releven dengan kehidupan sebagai seorang insan yang berjaya.

Setelah tamat taklimat, Uya telah ditemukan dengan Homeroom (guru penasihat= macam ayah angkatla), Ustaz Murad Abd Razak. Selepas tu kami pun masuk asrama Uya dan berkemas. Ada beberapa keperluan yang tak cukup untuk Uya dan kami telah pergi ke Pekan Masjid Tanah untuk membeli belah dan makan tengahari. Lepas selesai di Pekan Masjid Tanah, kami hantar Uya balik ke asrama dan kami balik jam 5 petang.

Sepanjang proses pendaftaran di MRSM Alor Gajah, orang yang paling sibuk ialah Ali. Kat mana-manapun dia akan menonjolkan diri. Tengoklah gambar-gambar dia.

2 comments:

Lezah Zaini said...

Dah sampai kat Masjid Tanah, tak singgah rumah Acu ker?

Tahniah untuk Uya. Belajar sungguh-sungguh ya.

DonZaini said...

Lain kali insyaAllah akan sampai. Haritu xsempat sebab bergegas nak settlekan pendaftaran.