Friday, February 13, 2009

Abg dah tukar tempat kerja


Post ni mungkin dah basi tapi untuk record purposes, anggaplah post ini sebagai baru. Sebenarnya abg dah dapat tempat kerja yang lebih baik di Sedia Teguh Sdn Bhd sebagai Senior Operation Manager in charge portfolio Accounts & Finance, Human Resource dan Business Operation. Abg mula kerja di sini pada 15hb Januari 2009. Masa started dulu ofis kami di Seri Gombak. Sebelum kerja kat sini abg kerja di TaiAce Engineering Sdn Bhd di Nilai. Jadi jarak dari rumah abg tak la jauh sangat. Keluar jam 8.10 pg sampai ofis jam 8.30 pagi. Sekarang, kena keluar jam 7.00 pg, sampai ofis sekitar jam 8.15 pagi. Tapi sekarang ofis abg dah berpindah ke Wangsamaju, Kuala Lumpur. Jadi, jarak 10 minit lebih dekat. Ofis sekarang ni lebih canggih dengan kelengkapan pejabat yang baru dan sangat sesuai dengan status sebagai Supplier & Contractor, oil and gas industries. Sebenarnya Managing Director syarikat ni kawan abg yang abg kenal masa kerja di Brunei dulu. Masa abg tinggal di Kuala Belait dulu, En Zamsari dan isterinya Zulzila sama-sama tinggal di Kuala Belait. Kami bertugas di syarikat berasingan tetapi kedua-dua syarikat tu ada persamaan. Kedua-duanya merupakan samada kontrektor atau syarikat pembekal kepada Brunei Shell Petroleum Company. Memandangkan kami sama-sama datang dari Malaysia dan bekerja di Kuala Belait, kami berkawan baik dan masing-masing anggap sebagai keluarga.

Syarikat tempat kerja abg ni bolehlah dianggap satu syarikat yang berjaya di bidang oil and gas. Kami merupakan wakil kepada beberapa jenama produk yang sering digunakan di dalam industri gas dan minyak seperti Sabre, Dublok, MTE BV, Nuflo, Barton, Mitchel, PAS, BW, McCROMETER, ICS TRIPLEX, Kevin, MTR, ESI dan banyak lagi. Baru-baru ni kami didatangi Prinsipal dari Sabre, United Kingdom. Mat Selleh tu sangat impress dengan syarikat kami.Kiri sekali tu En Zamsari (MD kami), Mat Salleh sebelah dia tu Peter Veitch, Financial Director, Sabre UK dan wanita sebelah abg tu ialah Puan Zulzila, isteri En Zamsari juga Pengarah Syarikat kami.

1 comment:

Lezah Zaini said...

Macam best jer kerja kat sini. Abang kira ok kuar pukul 7. Aku 6.30 pagi dah keluar pi kerja sebab masuk kerja kul 7.45. Kalau lewat sikit jem dan punch card merah. Rugi elaun 15 hengget.