Kalau dapat, marilah kita buat hari keluarga pada tahun ini. Selewat-lewatnya pada bulan 12, tapi kalau lebih awal lebih baik. Kenalah berikan cadangan kat mana nak buat dan bila. Selain itu, bagilah juga cadangan apa yang hendak kita buat semasa Hari Keluarga tersebut, bajet dan sebagainya. Kita kena rancang dengan segera supaya dapat buat booking hotel atau seumpamanya.
Kalau boleh semua orang akan dapat menghadiri Hari Keluarga ini. Diharapkan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih rapat..
Angah nak juga cadangkan agar T-shirt baru dibuat. T-shirt lama dah buruk. Sama ada kita design baru dengan kaler baru atau kekalkan yang lama buat tempahan baru jer.
Sila bagi respons kalian. Kalau boleh respons tu buat lah di sini. Tapi kalau tak boleh, silalah sms atau telefon. Kalau tak bagi apa-apa respons ertinya setuju dengan pendapat ramai. Jangan komplen kemudian hari yer?