Tuesday, December 30, 2008

Tahniah untuk Uya


Tahniah untuk Uya (Nurul Hazirah bt Hamidon) di atas pencapaian cemerlang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2008. Semoga cita-cita untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara akan tercapai.

Saturday, December 20, 2008

Izzah mungkin ikut jejak langkah Nadia (insyaAllah)


Nurul Izzah mungkin mengikuti jejak langkah kakaknya Nurul Nadiah mengikuti Program Ekspres Mara-UTM di Kampus UTM Sekudai Johor pada 10hb Januari 2009 ini. Surat Tawaran telah diterima pada 19hb Disember 2008. Tahniah untuk Izzah. Tuan punya tubuh belum buat keputusan untuk pergi mendaftar. Bagi dia masa untuk buat keputusan sendiri.

Monday, December 15, 2008

Selamat Pengantin Baru Nana dan Piyan


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya majlis walimatul usrus antara Nana dan Piyan telah berjalan dengan selamatnya.

Nantilah upsate tentang kenduri kemudian. Sekarang tengah sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang nak dibereskan.
Ini yang angah updat kat blog Cikguliz. Boleh klik untuk baca.

Sunday, November 23, 2008

Menu Kenduri Nana

Menu Hari Kenduri 13 Dis 2008

Nasi putih dan nasi minyak
kari daging lembu dan daging kambing (daging kambing - aqiqah)
ayang masak Salleh
Sambal goreng jawa
ikan kering
jelatah
ulam-ulaman
sambal belacan
air asam

Desert
tembikai/oren
kuih-muih
agar-agar merah
bubur kacang hijau

Berakat:(tambahan)
kacang sayur
sambal goreng Aziah

Hari duduk aruh /rewang

nasi putih
ikan kembung
ikan kareng
gangan waloh
sambal belacan
ulam

Malam Nikah

nasi putih
ayam masak merah
daging masak kicap
kacang panjang tumis dengan hati ayam
tembikai

Hari-hari rewang selama seminggu sejak sebelum raya haji - tertakluk pada citarasa semasa dan penaja-penaja yang bermurah hati.

Apa yang penting? Kerjasama; bila bekerja sama semua jadi mudah.

Monday, November 17, 2008

Kejayaan lagi, tahniah!!!!


Haziqah dapat Mumtaz (betul ker?) untuk sekolah rendah agama

Aqilah dapat periksa nombor 1


Tahniah!!!!

Thursday, November 13, 2008

Untuk menjadi penyumbang ke dalam blog

Angah mesti invite orang itu dengan menggunakan emailnya. Setakat ini angah dah invite/jemput semua adik beradik angah. Hanya 3 orang yang jawab. Yang lain tu macam mana? Kalau menerima jadi penyumbang, baru boleh hantar posting kat sini. Kalau tak, hantar ulasan sajalah.

Bagi yang dah terima jemputan untuk menyumbang, dia kena daftar dengan akaun google. Pastu baru boleh masuk dengan menggunakan user name dan password sendiri.

Hazemi, menjawab soalan tak?

Tahniah Haziqah!

Tahniah!

Haziqah dapat 5A dalam UPSR.





Bila nak buat kenduri kesyukuran?