Kalau dapat, marilah kita buat hari keluarga pada tahun ini. Selewat-lewatnya pada bulan 12, tapi kalau lebih awal lebih baik. Kenalah berikan cadangan kat mana nak buat dan bila. Selain itu, bagilah juga cadangan apa yang hendak kita buat semasa Hari Keluarga tersebut, bajet dan sebagainya. Kita kena rancang dengan segera supaya dapat buat booking hotel atau seumpamanya.
Kalau boleh semua orang akan dapat menghadiri Hari Keluarga ini. Diharapkan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih rapat..
Angah nak juga cadangkan agar T-shirt baru dibuat. T-shirt lama dah buruk. Sama ada kita design baru dengan kaler baru atau kekalkan yang lama buat tempahan baru jer.
Sila bagi respons kalian. Kalau boleh respons tu buat lah di sini. Tapi kalau tak boleh, silalah sms atau telefon. Kalau tak bagi apa-apa respons ertinya setuju dengan pendapat ramai. Jangan komplen kemudian hari yer?
Berbloging kembali
9 years ago
5 comments:
Cadangan sahaja (setuju takpe, tak setuju pun takpe)
Buat kat Melaka, sewa 1 bungalow kat A Famosa. Rasanya ikut person RM98 seorang semalam, minimum 7 org kot
Kalau buat kat kandang kambing kami kat Johor ni, bolehlah sponsor sekor kambing utk barbeque
Wah, best juga BBQ kambing. :) Tapi ada tempat tinggal ker kat ladang kambing tu?
Kalau kat A Farmosa tu, bagaimana pula bayaran untuk kanak-kanak? Apa kemudahan yang kita boleh dapat kat sana? Tolong cari info ya.
kalau kat A Famosa, ambil 1 bungalow siap dgn kolam renang sendiri. Kalau tengok package tu RM112 per person, utk bangalow kena minimum 9 orang, Bangalow tu ada 4 bilik tidur, 2 toilet, ruang dapur, ruang makan, astro pun ada
Package tu termasuk safari dgn cowboy town, kalau nak bawa budak atau extra org dewasa, kena bayar lain, tak pasti berapa bayaran masuknya
Try tengok link ni
http://malaysiahotels.net.my/promo/afamosa/packages.htm#pkg
http://www.malacca-hotels.com/afamosa/rooms.htm#villa
link price A Famosa lagi
http://www.virtualmalaysia.com/p2g/83095021/melaka/a'famosaresort.html
Ada condotel offer RM170 per night. 2 bedrooms with queen bed. Extra mattress (single) RM10.00.
no heavy cooking allowed. pls refer to this:
http://9lamansanur.blogspot.com/2009/06/fully-furnish-condotel-famosa-resort.html
Post a Comment