Wednesday, January 21, 2009

Akhirnya Izzah daftar di UTM



Akhirnya Izzah buat keputusan untuk menerima Tawaran Mara untuk Program Ekpress Mara-UTM. Kami hantar Izzah mendaftar pada 10hb Januari 2009 yang lalu. Kami menginap di Rose Cottage Inn di Taman Universiti. Memang sengaja tak call dan menginap di rumah Pak Cik Iyai sebab tak nak menyusahkan keluarga Pak Cik Iyai. Kebetulan pulak hari tu Cik Iyai dan Untie Nalyn balik ke Batu Pahat. Keputusan kami menginap di Rose Cottage memang tepat. Kami bertolak petang Jumaat selepas solat Jumaat. Bertolak dari Nilai jam 3 petang dan sampai di Toll Sekudai jam 6.30 ptg. Kami solat Jamak Takhir di Surau Toll Sekudai.

Malam tu kami makan di Medan Selera somewhere abt 2 km from tempat kami menginap. Mak Long (Kak Zai) sangat suka Sup Ekor kat situ. Perkara pertama yang Mak Long (Kak Zai) cari masa di JB ialah Otak-otak. Makan panas-panas memang sedap. Next time kami datang Sekudai boleh la Pak Cik Iyai belanja kami makan kat situ. Tempat tu memang murah, lebih murah dari Nilai atau KL. InsyaAllah, 6 bulan lagi Nadiah akan tamat belajar di UTM. Konvo nanti kami akan singgah dan bermalam di rumah Uncle Iyai. Harap2 masa tu Uncle Iyai masih berada di Bumi JB.





Hari mendaftar tu adalah pengalaman Pak Long (Abg Long) yang pertama menghantar anak sendiri mendaftar belajar di Universiti. Masa Nadiah dulu mendaftar di UTM jugak Pak Long (Abg Long) masih bekerja di Brunei dan tak ada peluang nak balik. Pada saat itu baru Pak Long (Abg Long) faham bagaimana perasaan ayah dan emak (Hj Zaini dan Hjh Salmiah) apabila anak-anak mereka menyambung pelajaran di Universiti. Perasaan yang sangat gembira bila anak-anak dapat menyambung pelajaran ke Universiti. Begitulah agaknya perasaaan ayah dan emak bila temankan kita masa mendaftar dulu.

Kami bernasib baik sebab Nadia memang sedang belajar di UTM dan Nadialah jadi tourist guide kami semasa pendaftaran tu. Disebabkan tourist guide yang 'agak' professional tu kami di antara orang terawal complete registration sehinggalah check-in hostel.

Semasa pendaftaran dan taklimat, Muhammad Hafiz (Ali) ditemani oleh Nadiah toured the nearby Makmal di UTM untuk mengelakkan kebosanan.










Izzah akan mengambil masa selama 18 minggu untuk menghabiskan Program Ekpress Mara-UTM dan kalau lulus, akan diserap ke Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang layak berdasarkan keputusan pepereksaan di minggu ke 18 nanti. Ini bermakna Izzah tidak perlu lagi mengikuti program Matrikulasi untuk menyambung pelajaran di Universiti. So, Izzah akan untung setahun lebih dari kawan-kawan yang tidak terpilih. Untuk anak-anak saraan Mara, pihak Mara akan terus menerus membiayai pelajaran mereka sampai ke peringkat PHD asal mereka mengekalkan kecemerlangan mereka.Untuk itu, siapa-siapa yang belum PMR, Pak Long sarankan belajar bersungguh-sungguh dan set matlamat untuk menyambung pelajaran di MRSM. Masa di MRSM tu setkan matlamat untuk dapat CGPA melebihi 3.50 ke atas untuk melayakkan dipilih ke Program Ekpress Mara-UTM yang sudah berusia 14 tahun. Usaha tangga kejayaan. Program ni asdalah usaha Mara untuk memperbanyakkan golongan cendiakawan Melayu di Bidang Sains.

No comments: